Image00004

Selesa semasa bersalin bersama MamaPride

Isu     aurat dan dilimage00005ema wanita semasa bersalin adalah antara permasalahan yang perlu dihadapi oleh wanita yang mengandung. Sehingga saat ini, bilangan doktor wanita masih sangat kurang dan tidak dapat menampung permintaan di seluruh negara.
Bagi mengatasi masalah aurat ini, satu kerjasama dibuat antara Koperasi Amalmedik yang diketuai oleh Dr Khairul Afnan bersama Urus Setia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan, Kerajaan Negeri Kelantan telah mengumpulkan sekumpulan doktor, jururawat, ustazah dan pasukan jahitan Pusat Pembangunan Wanita (PPWK) bergabung bagi mencari solusi.image00001

Hasil dari kerjasama ini terhasillah inovasi Mamapride, Seluar Bersalin Mesra Aurat yang pertama seumpamanya di Malaysia dan mungkin juga yang pertama di dunia. Ia telah dilancarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Kerajaan Negeri Kelantan, YB Hajjah Mumtaz Md Nawi pada 16 Jun 2014 semasa Sambutan Hari Wanita 2014 di Dewan Kelantan Trade Center (KTC).

=============================================================================

SELUAR MAMAPRIDE MENANG ANUGERAH EMAS & MENDAPAT PENTARAFAN PATUH SYARIAH

Inovasi MAMAPRIDE dalam menjaga aurat wanita bersalin telah mendapat perhatian para juri dan peserta sempena image00003International Exposition on Syariah Compliant Idea, Invention, Innovation & Design (ISCIIID 2016) yang diadakan pada 21 dan 22 November 2016 di Hotel Grand Bluewave, Shah Alam.

MAMAPRIDE telah dianugerahkan Pingat Emas dan Sijil Patuh Syariah disampaikan oleh Timbalan Mufti Selangor, Sahibus Samahah Dr Anhar bin Opir.

Program ISCIIID2016 ini dianjurkan oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Ryan Services dengan kerjasama banyak pihak termasuk JAKIM, HDC, UIA, USIM, Sinar Harian dan lain-lain.

Sejak mula dilancarkan pada tahun 2014 sehingga kini, MAMAPRIDE telah memberi manfaat kepada lebih 4131 wanita yang bersalin dan telah diterima pakai di 81 hospital seluruh Malaysia.image00002

Selain dari itu, inovasi Mamapride ini juga telah memberi peluang pekerjaan kepada lebih 383 pengedar dan dropship di seluruh negara. Majoriti dari mereka adalah terdiri daripada golongan wanita dan surirumah.

Untuk masa depan, Mamapride merancang untuk menembusi pasaran negara Islam dan berharap dapat memberi manfaat kepada lebih 1.3 billion populasi Muslim di seluruh dunia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *