Kursus

Setelah Rasulullah menyampaikan risalah Islam, banyak tokoh-tokoh Islam di bidang ilmu pengetahuan  lahir, pada saat itu Islam memegang peranan penting di semua bidang ilmu pengetahuan seperti Falsafah, Astronomi, Matematik dan di bidang kesihatan, untuk bidang kesihatan antaranya : Ibnu Qoyyim Al-Jauzy, Ibnu Sina ( Avicenna ), Abu bakar Ibnu Zakariya Ar-Razi ( Ar-Razi ), Imam al Ghazali, Abu Raihan Muhammad Al-Biruni  dan tak ketinggalan untuk dunia rawatan seorang tokoh muslimah yang juga membantu Rasul untuk mengubati mereka  yang terluka salah satunya bernama RUFAIDAH BINTI SA’ AD.

Agar tetap mengenang dan menteladani sejarah perkembangan rawatan yang di mulai oleh Rufaida binti Sa’ad, dinukilkan nama Skuad Rufaida. Skuad Rufaida merupakan satu pasukan perawat wanita terlatih yang ditubuhkan bagi membantu rawatan-rawatan kecil yang dialami oleh pesakit ketika Skuad Kita Cakna (pasukan ziarah) diadakan.

Negeri Kelantan menjadi pelopor pertama menubuhkan Skuad Rufaida dengan mengadakan Kursus Kemahiran Asas Saringan Kesihatan dan Pertolongan Cemas ( Kumpulan 1 & 2) iaitu pada 5 Ogos dan 14 Ogos 2017.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *