WhatsApp Image 2022 06 19 At 11.27.33 AM

Saya tengok banyak sangat isu mentua dan menantu mengadu pada saya. Kebetulan semalam saya berbual dengan staf tentang peranan anak lelaki untuk “ngam” kan isteri dan ibu.

Saya perasan anak lelaki makin kurang skill ini sekarang. Nak bantu mentua terima menantu bukan tugas isteri sahaja kena usaha, suami pun kena mainkan peranan.

Gambar Google

Saya tertarik dengan cerita salah seorang staf saya tentang kakak ipar beliau. Ceritanya, keluarga mereka ini berlatar belakang pegangan agama yang kuat. Walaupun ada sebahagian anak cucu bukan bidang agama tapi semua mesti bertudung labuh.

Nak dijadikan cerita, abang staf saya ni bawa balik bakal isteri berbaju ketat, lengan pendek siap pakai seluar jean pula. Aduhhh.

Memang naik hantu la mak nya.

Semasa pertemuan pertama pun memang wanita itu dilayan acuh tidak acuh kerana keluarga lelaki tidak berkenan.

Kepada ibu-ibu sekalian, nanti kena nasihat anak-anak perempuan jika pertemuan pertama dengan bakal mentua tolong pakai dengan sopan dan menutup aurat ya.😁

Berbalik kepada cerita tadi, ibu-ibu saudara cakap, mereka berdua tidak sekufu rupa. Si lelaki ini lebih hensem manakala kakak ipar dia hanya biasa-biasa. Kulit pun tak cerah sangat.

Nak dijadikan cerita, jodoh mereka kuat sungguh. Akhirnya berkahwin juga.

Yang saya takjub staf saya cerita, sekarang kakak ipar dia dah menjadi menantu kesayangan. Bukan kesayangan mak je. Nenek atok dan makcik yang cakap dia tak cantik haritu pun dah sayang sangat sekarang pada iparnya.

Gambar Google

Saya tanya apa la kakak awak buat sampai macam tu sekali?

“Abang saya mainkan peranan yang sangat baik kak Mak.”

“Sebelum kahwin, dia bagitahu kakak ipar nanti lepas kahwin keluarga dia tidak suka perempuan pakai ketat dan dedah aurat. Lepastu makcik semua jenis cekap dan pandai buat kerja rumah. Jadi kalau berkumpul ramai-ramai kena ringan tulang.

Alhamdulillah selepas kahwin, kakak ipar staf saya ini memang tidak pakai terus seluar. Baju pun semua longgar. Apabila family gathering, dia lah johan di dapur dari mula persiapan memasak hingga selesai memasak. Memang laju sangat buat kerja dapur. Ringan tulang pula tu.

Gambar Pinterest

Semasa mentua sakit, dia lah banyak uruskan mentua tanpa berkira langsung.

Pengajaran dari kisah ini pertama, suami mesti mainkan peranan penting untuk bantu isteri boleh masuk dan adjust dengan keluarga baru. Kerana kena tahu ya setiap ibu akan ambil masa untuk terima orang baru. Tambahan pula jika anak lelakinya anak sulong.

Kredit: Ustazah Asmak Husin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *