Features Images

Soalan dari anak-anak ada masanya mencabar nak jawab. Saya selalu kena macam ni. Anak-anak tanya soalan yang boleh dikategori sebagai tough question.
.
Ada satu masa ini. Masa tu masih tinggal di Canberra. Saya dok kira duit zakat yang perlu dibayar. Dalam masa sama dok sembang dengan Cikpuan isteri pasal zakat ni.
.
Masa tengok syok sembang ni tiba tiba Maryam datang duduk dekat. Dia kata Ustaz kat sekolah ada sebut pasal zakat. “I don’t understand kata Maryam.
.
Dia kata lagi “wouldn’t sadaqah be enough. Why pay zakat?” Uish menarik dan mencabar soalan Maryam ni.

Gambar Hiasan : Pinterest


.
Maryam baharu 5 tahun waktu tu. Dah bersekolah di Islamic School of Canberra. Satu satunya sekolah agama di Canberra waktu tu.
.
Saya tengok Cikpuan isteri. Angkat kening kat dia. Harapkan dia akan jawab. Dia senyum sambil tunjukkan tangan seolah-olah “Silakan ye”.
.
Saya garu kepala kejap. Walaupun tak gatal. Maryam pula tengok muka saya.
.
Saya teringat satu cerita. Saya kata ‘Let me tell you a story.” Maryam angguk. Nampak excited pula.
.
“Ada satu masa ni ada seorang orang kaya. Dia sedang berjalan. Memandangkan Maryam baharu 5 tahun saya pun bangun dan tunjukkan gaya orang kaya berjalan.
.
Saya sambung.
.
Masa dia berjalan dia ternampak ada seorang peminta sedekah. Baju peminta sedekah ni koyak sana koyak sini. Rambutnya berserabut.

Gambar Hiasan : Google


.
Bila nampak peminta sedekah timbul pula rasa kasihan pada orang kaya ni.
.
Dia pun tanya peminta sedekah. “Macam mana encik boleh jadi peminta sedekah?”
.
Waktu tu saya pun buat suara macam lain. Buat suara besar sikit. Cuba lakonkan supaya Maryam boleh nampak dan dengar.
.
Peminta sedekah itu kata “Saya sudah cuba minta banyak kerja. Macam macam kerja saya minta. Saya tak pilih kerja. Asal kerja itu halal. Tapi satupun tak dapat.”
.
Muka dia sedih waktu itu. Dia tundukkan kepala. Pandang ke lantai.
.
Kemudian dia angkat kepala. Dia tengok orang kaya itu. Peminta sedekah ini sebut “Tuan nampak baik. Nampak kaya. Bolehkan tuan beri saya kerja?Kalau boleh saya akan berhenti minta sedekah ni.”
.
Dia nampak bersungguh.
.
Orang kaya senyum. Dia kata, “Saya akan bantu anda. Tapi saya tak akan bagi kerja. Saya akan beri satu yang lebih besar lagi. Saya mahu anda jadi rakan kongsi bisnes saya.’
.
Si peminta sedekah tu terkejut. Dia kata “Apa tuan? Jadi rakan kongsi bisnes tuan?” Allahu Akbar. Apa betul ni tuan?” pada masa sama gugur air mata si peminta sedekah.
.
Waktu ini saya tunjukkan dekat Maryam. Siap sebut lagi tap-tap air mata dia jatuh ke lantai.
.
“Ya betul. Jom buat bisnes dengan saya.” Kata Orang kaya itu. Kali ini dia pula nampak bersungguh.
.
“Betul ke tuan? Tuan tak main-main dengan saya?” tanya si peminta sedekah. Dia konfius. “Tak kan orang semudah itu nak jadikan aku rakan bisnes”. Katanya dalam hati.
.
“Jangan takut. Saya ada kilang tepung. Kamu boleh jual tepung saya di pasar. Saya akan sediakan tempat dan bayarkan sewa. Saya akan beri elaun makan untuk kamu.
.
Sampai sebulan. Lepas sebulan kita sebagai rakan kongsi bisnes boleh bahagikan untung.” kata orang kaya. Dia harapkan apa yang dia terangkan si pengemis akan faham. Dia hanya mahu membantu.
.
“Subhanallah, Allahu Akbar. Terima kasih tuan. Terima kasih tuan Terima kasih tuan.” Kata si peminta sedekah berulang kali. Dipegangnya tangan orang kaya. Air mata si peminta sedekah terus mengalir laju.
.
Kemudian dia terfikir.
.
“Tapi tuan macam mana nak bahagikan keuntungan tu? Tuan ambil 90% saya 10%. Atau 50/50 tuan?” tanya si peminta sedekah inginkan kepastian. Saya macam tak percaya. Macam bermimpi.
.
Orang kaya hanya senyum. Dia kata ‘saya ambil 2.5% saja. Selebihnya 97.5% kamu ambil untuk diri kamu.
.
“Tapi kenapa tuan?” Kenapa 2.5% saja?” soal si pengemis lagi.
.
“Macam pelikkan Maryam. Kenapa orang kaya nak sikit sajakan.” Saya kata pada Maryam. Dia angguk dan kata ‘Yes its weird.’
.
Saya sambung.
.
Orang kaya itu ketawa kuat. Dia kata ‘saya sudah banyak wang. Saya perlukan semua tu.”
.
Esoknya bermulalah kerjaya baharu si peminta sedekah. Dia menjadi penjual tepung di pasar. Awal pagi lagi dia keluar berniaga.

Cukup masa dia dapat beli makan dari duit elaun. Tak perlulah dia ikat perut.
.
Si peminta kerja kuat betul. Dia paling awal sampai ke pasar. Dia paling akhir pulang. Setiap hari begitu. Tiada cuti. Sampailah hari ke 30.
.
Bila sampai sebulan, dia kira untung hasil jualan. Dia kata ‘banyaknya. Tapi takkan aku nak kongsi untung ni dengan orang kaya. Dia bukan tolong pun. Tak pernah nampak muka langsung sepanjang sebulan ni. Aku yang kerja teruk. Jadi akulah yang patut dapat 100% untung ni”
.
Dalam masa dia berfikir ni, tiba-tiba pintu rumah diketuk. Tok tok tok. Terdengar bunyi salam dari luar. Si peminta sedekah kenal suara itu. Itulah suara orang kaya.
.
Diapun buka pintu. Orang kaya tu sebut ‘Saya nak kutip share rakan kongsi 2.5% saya. Boleh kamu bagi sekarang?”
.
Dengar saja perkataan share rakan kongsi terus peminta sedekah naik angin. Dia kata “Mana boleh nak minta 2.5%. Saya yang kerja siang malam. Tuan tak buat apa-apa langsung.” Keras suara peminta sedekah.
.

Orang kaya hanya senyum. Dia gelengkan kepala.

.
Now I want to ask you Maryam. Patut tak apa yang peminta sedekah tu buat.”
.
Ungrateful!” kata Maryam. Siap tangan digenggam dan dihentak ke lantai.
.
“Uish dahsyat juga minah ni,” saya sebut dalam hati. Saya pegang tangan Maryam. Saya senyum.
.
“Maryam, kita ni macam peminta sedekah tulah. Masa kita tak ada apa-apa kita minta dari Allah. Doa minta Allah bagi banyak duit. BIla banyak duit kita bileh makan sedap. Boleh beli macam-macam.”
.
Tapi bila Allah minta hanya 2.5% sebagai zakat kita tak mahu bagi. Grateful ke ungrateful kita ni, Maryam?” saya Maryam. Nak ajak dia berfikir sama.
.
Dia kata ‘ungrateful’. Suara dia perlahan. Dia kata lagi ‘Now I understand
.
“Jadi kalau kita bagi 2.5% kita grateful kan?” tanya saya lagi. Cuba teknik Framing pada Maryam.
.
Yes dad. Grateful.” Kata Maryam macam excited pula. Saya senyum tengok keletah anak umur 5 tahun ni. Beza betul cara fikir mereka bila sekolah kat luar negara. Saya pun tak macam tu dulu.

Saya kata lagi pada Maryam ‘sebab tulah ayah kira duit untuk bayar zakat. We want to become grateful person.”
.
Teman-teman,

Allah ni Maha Pengasih. Maha Pemberi Rezeki. Tak lokek Minta saja DIA beri. Ada masa lambat. Ada masa lambat. Rezeki tak pernah salah alamat.
.
Apakata kita sama sama semak. Sudah tertunaikah yang 2.5% itu. Semak adakah bertambah rezeki kita tau sama. Atau berkurang?
.
Semak lagi. Kita being grateful atau ungrateful?
.

Artikel asal boleh klik link di bawah

Fb Dr Rizal Abu Bakar

Telegram @Neuroversiti Dr. Rizal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *