WhatsApp Image 2023 07 05 At 12.21.02

Nur Husna Mat Ghani berasal dari Ketereh Kelantan telah dipilih untuk menjadi Ikon Kepimpinan bagi Hari Sayyidatina Khadijah 2023. Beliau dilahirkan 24 tahun yang lalu pada tarikh 2 Ogos 1999. Mendapat
pendidikan awal di Maahad Muhammadi Perempuan Kota Bharu, beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Malaysia Terengganu dalam jurusan Sains
Matematik Komputasi dan telah menamatkan pengajian dengan kepujian pada tahun 2021.

Memulakan kerjaya sebagai seorang pendidik di Tadika al Baghdadi, tetapi kemudiannya beliau menukar bidang pekerjaan dengan menjadi seorang designer di Benang Emas Ekslusif selaras dengan minat
beliau yang mendalam terhadap teknologi maklumat dan kini berkhidmat sebagai Eksekutif Media Digital.

Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Kejayaan yang diperolehi Nur Husna yang berumur 24 tahun ini tidaklah tercipta dalam yang singkat namun beliau telah mengasah bakat
kepimpinannya sejak daripada zaman belajar lagi. Semasa di kampus beliau telah menggalas jawatan sebagai Timbalan Presiden Kelab Amatur Intelektual ( Universiti Malaysia Terengganu). Malah
beliau juga telah menyertai pertandingan Hadith Open Mic anjuran Universiti Malaysia Terengganu dan telah mendapat tempat Naib Johan.


Selain itu beliau turut mengikuti program Realiti TV al Hijrah di bawah kelolaan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Penglibatan beliau dalam bidang kepimpinan ini telah memperlihatkan beberapa kejayaan
dan pencapaian yang membanggakan. Antara pencapaian beliau ialah telah dianugerahkan Anugerah Teknodaie Daie Muda TV Alhijrah pada tahun 2022 dan Influencer Muslimah, yang juga pada tahun 2022.


Tidak terhenti di situ, beliau juga turut mengabadikan karya penulisannya dalam sebuah buku berjudul Hijrah Memanggilku yang turut dikarang bersama beberapa penulis lain. Bak kata pepatah gajah mati
meninggalkan tulang harimau mati meninggalkan belang manusia mati meninggalkan nama. Bahkan sehingga kini beliau masih aktif menyampaikan dakwah di media sosial

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *