Assalamualaikum. Asyik up mengenai isu semasa, hari ini admin nak kongsi resepi sushi mudah dan harga mampu milik hasil daripada perkongsian Puan Norainsyah Abdul Halim di FB nya Cik Esah. Bunyi macam susah je nak buat sushi, tapi lepas tengok resepi ringkas di FB Cik Esah tu, rasa terus jatuh cinta dan nak cuba buat di rumah.
Sebelum ini, beli Sushi di Sushi King KB Mall, Masago Sushi, Aeon, Empire Sushi dan ada beli dengan beberapa individu persendirian bergantung kepada citarasa anda di luar sana.
Insya Allah, nak lagi jimat di sini saya kongsi beberapa step buat sushi yang kita boleh guna bersama dari FB Cik Esah tadi. Saya tahu musim lock down ini pasti ramai yang dah lama craving sushi kan?
Bahan-bahan
- Beras sushi (brand sumo pun ok)
- Cuka sushi (cari dekat AEON)
- Gula
- Garam
- Air
- Sushi nori (seaweed)
- Topping kesukaan masing-masing
Cara masak:
Mula-mula, tanak nasi sushi dulu.
Satu pot beras boleh buat 10-12 biji sushi. Kiranya kalau sekilo tu boleh dapat dalam 50-60 biji sushi.
Semua boleh ikut je instruction dekat belakang plastik beras tu. Biasanya beras tu kena bilas sekali je.
Cik Esah suka masak style kukus macam ni. Senang weh, tak melekat dan berkerak.
Kedua, bancuhan cuka.
Campurkan cuka sushi ikut sukatan yang diberitahu kat belakang botol cuka. Tambah air, gula dan garam secukup rasa.
Nanti nasi dan bancuhan cuka ni sejuk, baru boleh gaulkan ya. Jangan campur masa panas, nanti nasinya jadi lembik. Pernah kena.
Kemudian, masukkan dalam bekas sushi
Ni bekas untuk buat sushi. Tak payah buatlah sushi gulung tu. Renyah. Buat je guna bekas comel ni. Boleh letak topping macam-macam. Satu lagi senang nak jual ikut kehendak customer.
Bekas ni cari kat Daiso je. Kalau takde, kepal je nasi tu.
Haa masuk nasi sushi seperti dalam gambar. Lepas itu tutup supaya terbentuk.
Tips: sebelum pegang nasi sushi tu, basahkan tapak tangan dulu supaya tak melekat sangat.
Lepas tu tekan bahagian belakang dia untuk keluarkan nasi tu.
Comel kan.
Sushi nori (seaweed). Boleh cari kat AEON.
Yang ni tak boleh duduk kat luar lama-lama tau. Nanti jadi kecut. Bawa keluar bila nak guna je.
Balut sushi dengan menggunakan nori.
Balut seperti dalam gambar. Tak pun tempel je nasi kat seaweed tu kasi betul-betul lekat.
Seterusnya, letak topping.
Cara nak buat topping paling simple:
Anda boleh juga campur Tuna/telur rebus/isi ketam dalam mayonis. Paling senang kalau mayonis tu dah manis. Kalau mayonis lady’s choice, untuk lebih sedap tambah gula dan cuka. Baru more tasty.
Untuk pilihan Topping lain, anda boleh tengok youtube atau reka je sendiri.
Untung ke buat sushi ni? Modal dia besar juga dari bisnes lain. Nak kena cari itu ini lagi. Silap sana sini. Itu yang banyak berhabis.
Kalau anda ikut je resipi dan barang-barang yang Cik Esah kasi kat atas ni, Insya Allah kurang sikit risiko kerugian tu.
Untung dia pun besar juga. Cik Esah selalu dapat 100-200 sehari hasil niaga sushi ni kalau buat bebetul.
Apapun, Cik Esah halalkan ilmu ni untuk korang buat niaga. Moga bermanfaat.
Jemput share.
Artikel telah disunting oleh penulis wk.com
Artikel asal boleh terus ke FB Cik Esah