Penulis Buku Doktor Cinderella – Made With PosterMyWall

Assalamualaikum W.B.T.

Apakhabar semua pembaca yang saya kasihi kerana Allah. Hari ini saya nak kongsi mengenai buku Dr. Cinderella karya Dr. Hanisah Binti Zainoren. Fb beliau Dr. Nur Hanisah.

Sumber Gambar: FB Dr, Nur Hanisah

Bagi saya setelah baca sendiri buku Doktor Cinderella ini, memang saya sangat syorkan adik-adik, kakak-kakak, para ibu, suami dan semua untuk turut dapatkan buku ini. Gaya penulisan yang santai tapi memang buat kita sentiasa berfikir antaranya mensyukuri nikmat kesihatan itu sendiri.

Apa yang menyebabkan buku kali ini berjudul Doktor Cinderella dan kenapa tajuk ini?

Sebenarnya buku ini adalah satu koleksi kumpulan cerita kisah inspirasi pengalaman semasa berada dalam posting ‘O&G’. waktu itu zaman ‘Housemanship’ lagi. Ia adalah suatu fasa yang mencabar kerana banyak bermain dengan ketahanan emosi, fizikal dan yang paling mencabar sekali adalah dari segi emosi. Kalau tanya mana-mana doktor pelatih pun, ramai yang akan cakap zaman ‘Housemanship’ adalah yang paling mencabar.

Posting ‘O&G’ ataupun orang biasa panggil sakit puan. Dalam term medical, ‘O&G’ itu bermaksud Obstetik and Genikologi. Posting pertama saya adalah dalam O&G. Maknanya, sebagai seorang doktor pelatih yang pertama kali masuk dalam dunia hospital secara lebih dekat kemudian masuk pula dalam posting sakit puan. Jadi, ‘Bulih kkiro’ mencabar kalau dalam dialek Kelantan.

Hospital Tarbiah sering saya letak dalam penulisan kerana dalam hospital inilah kita dapat macam-macam ibrah. Maka terbit buku ‘Selamat datang ke wad tarbiah’. #HospitalTarbiah sering digunakan untuk setiap penulisan saya.

Kemudian, setelah dikumpulkan semua penulisan-penulisan itu tadi, jadilah satu kumpulan cerita yang sangat banyak dan telah dapat dibukukan. Alhamdulillah. Akhirnya, mula-mula sebenarnya nak bagi nama buku ini antaranya tajuk ‘Tarbiah dalam wad’, tapi macam tak dapat cliché di situ. Alhamdulillah daripada situ sebenarnya sebelum dihantar kepada penerbit, saya hantar dahulu kepada puan guru saya iaitu bonda Nor. Jadi kalau perasan buku ini dekat atasnya ada label ‘Akademi Bonda Nor’ dan Alhamdulillah saya juga adalah perantis Akademi Bonda Nor. Jadi Bonda Nor lah yang tapis semua cerita saya yang pertama.

Jadi, selepas ditapis dahulu cerita-cerita itu, Bonda Nor telah mencadangkan tajuk yang lebih menarik iaitu ‘Doktor Cinderella’. Doktor Cinderella ini juga kalau siapa yang sudah pernah baca buku ini memang ada salah satu cerita yang diberikan tajuk, ‘Doktor Cinderella’. Nak tahu kenapa, rahsianya ada di dalam buku ini.

Apakah sebenarnya terkandung dalam buku ‘Doktor Cinderella’ terutama buat yang pertama kali dengar? Adakah berdasarkan cintan-cintun ke?

Sebelum itu boleh ke channel Telegram Dr. Nur Hanisah Official untuk ikuti penulisan saya yang lain-lain. Mula-mula ramai orang dekat luar sana rasa kerjaya doktor ini nampak gah, hebat, berjaya dan sebagainya kan. Tapi sebenarnya dalam diri seorang doktor ini, dia selalu berjuang supaya terus istiqamah di jalan ini sebab sudah beberapa kali saya telah merasakan up and down, rasa nak berhenti, rasa tak nak teruskan dah. Sampai sekarang pun kadang-kadang ada juga up and down. Rasa macam tak cukup pandai dan ia merupakan satu fasa yang sangat tough yang akhirnya dalam buku ini sendiri  ada cerita tentang jatuh bangun saya. Bila sudah jatuh, macam mana cara nak bangkit semula. Rasanya itulah mesej yang ingin disimpulkan dalam buku Doktor Cinderella ini.

Beberapa perkongsian dari suami Dr. Nur Hanisah berkenaan content buku Doktor Cinderella.

Doktor Cinderella yang merupakan tajuk utama buku ini mengisahkan situasi sebenar seorang doktor yang digelar Cinderella ini. Cinderella itu bukanlah bermaksudnya indah-indah sahaja, ada pelangi dia, ada terang dan gelap, ada naik dan ada turun dia dalam kehidupan. Jadi, insan yang paling wajar diberikan penghargaan bagi buku Doktor Cinderella ini adalah ibu beliau sendirilah sebab semasa fasa Housemanship iaitu fasa yang amat mencabar dan sangat memerlukan sokongan keluarga. Jadi, waktu itu ahli keluarga, ibu kepada Dr. Nur Hanisah banyak memberi sokongan yang melonjakkan beliau untuk lebih tinggi dan akhirnya lahirlah sebuah karya yang diberi nama, ‘Doktor Cinderella’.

Buku ini juga bukan hanya sesuai dibaca oleh kaum wanita atau kaum hawa sahaja. Kalau kita teliti satu persatu cerita yang dikisahkan, kita akan dapati buku ini ditulis dalam keadaan santai sahaja. Buat yang sudah baca pasti akan rasai seolah-olah kita dapat feel orang itu macam mana. Selain itu, banyak mengisahkan tentang wanita, tetapi orang lelaki pun perlu ambil tahu juga sebab suatu hari nanti sang lelaki mungkin akan bergelar seorang suami, ayah yang mungkin akan masuk dan merasai sendiri waktu O&G ini.

Jadi, ilmu-ilmu begini sangat penting contohnya ada kisah-kisah yang bertajuk ‘Sarat’.  Halaman 82 buku Doktor Cinderella. Topik ‘Sarat’ ini sudah mendapat sambutan. Kisah ‘Sarat’ ini mengisahkan bila wanita sedang sarat tetapi belum lagi tiba masa untuk melahirkan. Jadi, wanita sarat ini patut tunggu dulu atau solat dahulu. So, di sinilah pentingnya ilmu.

Kita kena tahu mana Fiqh Awlawiyah (Fiqh Keutamaan). Bila sebut hukum feqah, aka nada banyak pendapat masing-masing. Tetapi apa yang ditekankan di sini adalah kepentingan solat. Kalau dalam wad itu, solatlah. Perkara pertama yang sangat perlu dijaga.

Ramai sangat yang tidak tahu situasi sebelum kepala bayi keluar, selagi itu seorang ibu yang sedang sarat nak bersalin masih wajib solat. Itu kalau dalam mazhab syafie lah. Ada banyak perbahasan, tetapi bagi Dr. Hanisah sendiri berpegang kepada yang tadi. Jadi, kita sebagai doktor yang tahu tentang hukum ini, macam mana cara nak explain untuk beritahu pesakit. Itu salah satu dilema yang ramai doktor-doktor rasa dalam kerjaya kedoktoran ini. Sebab apa, kita sedang deal dengan orang yang tengah sakit. Orang yang sakit ini kita tahu orang yang tengah lemah emosi, nak solat pun tak larat, dan tak tahu tentang kewajipan solat. Yang mereka qada’ solat selepas bersalin.

Sumber Gambar : Google

Peranan doktor di sini untuk memainkan peranan secara berhikmah agar mereka tunaikan solat dengan bantuan doktor. Dalam buku Doktor Cinderella ini ada menceritakan bagaimana doktor tackle pesakit untuk solat dengan cara yang berhikmah. Akhirnya, bila pesakit itu solat, menjadikan satu peristiwa itu bermakna. Dalam cerita ini pesakit tak nak solat, tapi doktor itu ajak juga dia untuk solat. Jadi lepas itu dia solat dengan bantuan doktor itu sendiri dan akhirnya, bila tiba saat nak bersalin, dia punya air ketuban itu dah penuh dengan najis. Maksudnya, baby dah mula terberak dalam air ketuban dan akan lemas. So, masa itu, fasa yang Kritikal bila kita tahu ECG machine yang kita check jantung baby semasa proses nak melahirkan pun dah tak cantik. Maksudnya kita tahu, baby mula lemas. Jadi, masa itu, puan dalam kisah ini selamat melahirkan bayinya dengan berkat doa dari doktor tadi agar Allah selamatkan proses bersalin wanita ini dengan berkat dia solat tadi. Alhamdulillah.

Pertama mengenai kepentingan solat. Kedua, menghargai sekecil-kecil nikmat. Apa yang kita nampak masa mula-mula masuk wad? Kita nampak ramai yang terlantar sakit. Ada yang tidak ada keupayaan untuk membuang air kecil. Bahkan, perkara seperti sekecil kentut pun juga ada yang tidak boleh asbab masalah kesihatan. Nikmat ini sesuatu yang kita jarang hargai. Bila hilang, mulalah hargai.

Bilakah doktor Hanisah mula mengarang buku ini dan berapa lama tempoh masa untuk menyiapkan buku ini?

Untuk menghasilkan buku ini, ia ambil masa sepanjang saya berada dalam posting O&G. Masa itu satu posting 4 bulan. Jadi, saya ambil masa 4 bulan mengumpul cerita untuk mencukupkan sebanyak lebih kurang 40 buah cerita yang berkualiti untuk dimuatkan dalam buku ini. Tapi, agak memakan masa terutama dari segi editing lagi dan sebagainya sebelum diterbitkan demi memastikan buku ini menjadi lebih menarik. Dalam setahun juga masa yang diambil untuk siap sepenuhnya.

Apa klimaks yang menarik dalam buku ini?

Daripada kisah yang terkumpul, kisah ‘Mati dalam perut’ adalah kisah yang sangat memberi kesan. Ia merupakan suatu kenangan yang sangat menyentuh hati saya sendiri. Kisah ini berlaku apabila suatu hari saya bertemu dengan seorang pesakit yang bakal melahirkan bayi yang telah mati.  Maksudnya, ada komplikasi yang menyebabkan bayi itu tidak dapat diselamatkan lagi. Bayi dalam perut ini walaupun telah meninggal masih perlu dilahirkan seperti biasa.

Sumber Gambar : Google

Jadi kita kena bagi pesakit ini ubat melalui faraj untuk menghasilkan contraction iaitu supaya ada rasa sakit nak teran. Dia menanggung kesakitan itu semata-mata untuk mengeluarkan seorang bayi yang sudah meninggal dunia. Masa itu memang hanya Allah yang tahu perasaan saya. Dia dah la sakit melahirkan. Lahirkan pula baby yang dia dah tahu sudah tidak bernyawa. Jadi, masa itu pula ditakdirkan suami dia tidak dapat ada bersama-sama di sisi dan dia terpaksa laluinya berseorangan merasai kesakitan itu. Allahu Allah.

Begitulah serba sedikit hasil wawancara bersama Dr. Nur Hanisah

Artikel disediakan oleh penulis wk.com

Video asal boleh tonton penuh di FB Momen Buku

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *