Copy Of Try (2)

Assalamualaikum semua. 

Ada ke yang tarikh lahir dia dah dekat? 

“Selamat Hari Lahir, Sanah Helwah, Happy birthday….!”

Topik hari ini berkaitan dengan birthday. Birthday ialah tarikh yang sangat bermakna kerana pada tarikh itulah kita dilahirkan ke dunia ini. Tarikh pertemuan seorang ibu dan anaknya buat pertama kali.  

Selalunya ibu bapa akan meraikan anak-anak dengan membeli kek atau menyediakan makanan special untuk anak mereka sempena hari lahir. Kadang-kala anak-anak turut diberikan hadiah pada tarikh tersebut, betul tak? 

Tapi…semakin saya dewasa, saya terfikir… bukan ke sepatutnya birthday boy/girl yang kena buat kek untuk ibu mereka. Ini kerana, ibu lah yang bersusah payah mengandungkan kita, melahirkan kita. Bukan itu sahaja, ibu mengasuh, mendidik kita sampai lah kita dah besar sekarang. Betapa besarnya pengorbanan seorang ibu.

Segala puji bagi Allah kerana menciptakan kita, menghidupkan kita, memberikan kita peluang untuk hidup dan beribadat kepadanya. Sesungguhnya salah satu perintah Allah adalah berbuat baik kepada ibu bapa. Maka buatlah yang terbaik kepada mereka, hargai mereka, luangkan masa bersama mereka kerana kita tidak tahu bila ajal bakal menjemput.

Jadi, apa kata kita buat satu kelainan nanti tarikh ulang tahun kita, misalnya kita pulang ke kampung, buat kek sama-sama, solat jemaah, solat hajat sama-sama. Boleh juga telefon, ucap terima kasih dan bagi hadiah pada ibu kita. Jangan pernah lupa, selalu titipkan doa buat mak ayah walau di mana kita berada.

Sumber: Freepik

Thanks to Allah who give the strength for our mom to give birth to us
Alhamdulillah, thanks to Allah we still alive until now
May Allah bless both our mom and Dad
When you remember your birthday
Remember the one who create you
And the one who give birth for you
Happy birthday, May Allah bless you with barakah wa rahmah.

Disediakan oleh: A’lia Shakirah. Merupakan pelajar tahun tiga jurusan pengajian Quran dan Sunnah di UIAM.

Coretan ini diolah semula daripada perkongsian saya di wattpad, ketika itu saya masih lagi belajar di Maahad Muhammadi Perempuan Kota Bharu. 

Saya berharap perkongsian ini bermanfaat kepada anda semua. 

Terima kasih. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *