Bahaya Normalisasi LGBT

Nampaknya drama yang ditayangkan sekarang menjadi buah mulut orang ramai. Kalau dulu watak lelaki lembut, sekarang watak gay yang bercinta ditayangkan. Apa yang kita nak hidang sebenarnya kepada penonton?

Saya menggesa cerita seperti ini diboikot kerana mempaparkan perlakuan gay yang sangat tidak sesuai untuk tontonan umum. Tambahan pula, akan memberi pengaruh yang tidak baik kepada pemikiran anak-anak yang menonton.

Saya faham sekiranya pengarah drama ini mengatakan tujuannya adalah untuk memaparkan realiti sebenar kehidupan masyarakat di sekeliling kita atau memberi kesedaran tentang isu ini. tetapi masalahnya sekarang scene bercinta antara gay yang jadi tular dan dapat banyak sambutan. “defeat the purpose“.

Sumber Gambar: Google

Semalam team kami berpeluang bersama dengan influencer menghadiri sesi dialog dengan timbalan menteri agama mengenai peranan media dalam mengatasi isu l**tq yang semakin mengakar di Malaysia.

Hasil daripada perjumpaan tersebut, kita dapati bahawa isu liwat ini banyak bermula daripada sekolah dan asrama. Ini satu perkara yang amat merisaukan ibu bapa. Apatah lagi aksi sebegini dengan mudahnya ditayang di kaca televisyen, lagilah akan “trigger” si pelaku.

Pihak JAKIM juga menegaskan bahawa negara kita tidak akan sesekali mengiktiraf LBQ meskipun pelbagai pihak tetap menekan. Kerana jelas budaya LBQ ini bertentangan dengan perlembagaan persekutuan, prinsip agama dan budaya setempat.

Oleh itu, peranan orang media dan influencer sangat besar untuk bersama-sama berganding bahu memberi kesedaran mengenai normalisasi LBQ kepada follower masing-masing. Susah jadi ibu bapa pada zaman serba mencabar ini.

Sumber Gambar: Google

Sumber: FB Ustazah Asmak Husin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *