Anak Syurga ( Autism )

Apakah itu Autisme?

Autisme berasal daripada perkataan bahasa Greek iaitu ‘autos’ yang bermaksud sendiri. Dalam konteks ini, ia merujuk kepada seseorang yang hidup dalam dunianya sendiri. Dari sudut perubatan, autisme ialah keadaan di mana interaksi sosial seseorang terganggu akibat masalah kemahiran berkomunikasi, tingkah laku tidak wajar yang berulangan, pemencilan diri serta mempunyai keinginan terhad terhadap sesuatu benda.

Selain itu, Autism ialah gangguan pertumbuhan tumbesaran seseorang dalam jangka masa panjang yang memberi kesan dalam pemikiran kanak-kanak dan dalam proses informasi. Ia berlaku kepada kanak-kanak di antara 1-2 orang dalam 1000 dan ia terjadi 4 kali lebih kerap di kalangan kanak-kanak laki-laki. Gejala – gejala ini selalunya berlaku sebelum kanak- kanak itu berumur 3 tahun tetapi ianya belum pasti lagi.

Penyebab utama autism:

  • Komunikasi
  • Tindak balas sosial
  • Tingkah laku yang berulang dari segi minat dan aktiviti

Autism adalah salah satu bahagian dalam gangguan yang dipanggil “ Pervasive Developmental Disorders.“ dan satu lagi gangguan dari kumpulan ini ialah ‘Asperger’s Syndrome di mana pertuturan kanak-kanak dan kemahiran kognitif boleh jadi normal. Sebab-sebab Autism tidak diketahui tetapi kemungkinan berpunca dari faktor keturunan atau ketidakseimbangan kimia di dalam otak. Terencat akal boleh berlaku dalam 75% kanak-kanak autism.

Jenis-jenis autisme

Sebelum ini, pakar kanak-kanak membincangkan pelbagai jenis autisme, seperti gangguan autistik, sindrom Asperger, gangguan perkembangan yang tidak spesifik (PDD-NOS). Tetapi sekarang kesemuanya dianggap sebagai ‘gangguan spektrum autisme’. Jika anda atau anak anda pernah didiagnosis dengan salah satu klasifikasi lama berikut, ketahui maksud di sebalik jenis autisme berikut:

1. Sindrom Asperger

Sindrom ini terletak pada spektrum autisme yang lebih ringan. Seseorang yang mempunyai Asperger mungkin sangat pintar dan dapat menangani kehidupan sehariannya dengan normal. Dia mungkin sangat memberi tumpuan kepada topik yang menarik minatnya dan membincangkannya tanpa henti. Tetapi dia mempunyai masalah untuk bersosial.

2. Pervasive developmental disorder, not otherwise specified (PDD-NOS)

Diagnosis yang sangat panjang ini mengambil kira semua kanak-kanak yang mengalami autisme yang lebih teruk berbanding Simdrom Asperger, tetapi tidak seteruk gangguan autistik.

3. Gangguan Autistik

Istilah ini merujuk kepada autisme yang lebih teruk berbanding Asperger dan PDD-NOS. Ia termasuk jenis simptom yang sama, tetapi pada tahap yang lebih tinggi.

4. Gangguan disintegratif kanak-kanak.

Ini adalah bahagian spektrum paling teruk dan jarang dijumpai. Ia menggambarkan kanak-kanak yang berkembang secara normal dan kemudian tiba-tiba hilang kemahiran sosial, bahasa, dan mental secara mendadak biasanya antara umur 2 dan 4 tahun. Kanak-kanak ini juga sering kali mengalami masalah sawan.

Sindrom Rett bukan lagi jenis autisme

Kanak-kanak dengan sindrom Rett sering mempunyai tingkah laku yang sama dengan autisme, dan sebelum ini sindrom Rett dianggap sebagai gangguan spektrum autisme. Tetapi kajian lanjut mendapati bahawa sindrom ini adalah disebabkan masalah genetik, lantas tidak lagi dianggap sebagai autisme.

Sumber Gambar : Google

Ciri-Ciri Kanak-Kanak Autisme

Masalah autisme dalam kalangan kanak-kanak boleh dikesan seawal usia 18 bulan. Antara kemahiran yang mengalami gangguan akibat daripada autisme ialah;

  • Kemahiran pertuturan dan komunikasi
    • Kanak-kanak autisme mengalami kesukaran untuk memahami percakapan, bertutur dan menyatakan kehendak. Pertuturan mereka mungkin terhad kepada satu patah perkataan. Kebiasaannya mereka membuat bunyi atau perkataan yang tidak bermakna dan tidak boleh difahami (jargon). Kanak-kanak autisme juga boleh mengalami ekolalia, iaitu, pengulangan perkataan-perkataan yang dituturkan oleh orang lain.
  • Kemahiran interaksi sosial
    • Tidak menunjukkan minat untuk berinteraksi dengan individu lain merupakan ciri utama kesukaran interaksi sosial kanak-kanak autisme. Mereka sukar untuk bertentangan mata dan tidak menyahut apabila dipanggil. Kanak-kanak autisme sukar bergaul dengan kanak-kanak lain dan sering bermain sendirian.
  • Tingkah laku dan emosi
    • Tingkah laku tidak wajar serta berulangan seperti mengibas tangan dan melompat tanpa tujuan merupakan antara ciri-ciri yang terdapat pada kanak-kanak autisme. Terdapat juga kanak-kanak autisme yang mencederakan diri sendiri dengan menggigit dan menghantuk kepala ke dinding. Mereka juga boleh menunjukkan emosi seperti ketawa, menangis dan menjerit seorang diri tanpa sebab.
  • Sensori atau sentuhan fizikal
    • Terdapat kanak-kanak autisme yang sensitif kepada bunyi bising, sentuhan dan rasa. Mereka juga mungkin mempunyai tabiat menjilat, memasukkan barang dalam mulut, menggigit atau mencium sesuatu. Kebanyakan kanak-kanak autisme tidak suka disentuh, dipegang atau dipeluk. Ada juga di antara mereka yang memilih makanan kerana masalah sensori badan dan bahagian mulut.
  • Kemahiran kognitif
    • Kanak-kanak autisme sering dikaitkan dengan perkembangan kognitif yang lewat berbanding kanak-kanak usia sebaya. Kebanyakannya mempunyai tahap IQ yang lebih rendah berbanding kanak-kanak normal. Hal ini menyebabkan terdapat kanak-kanak autisme yang sukar memahami konsep-konsep tertentu terutamanya konsep abstrak seperti emosi.
  • Kemahiran bermain
    • Kanak-kanak autisme tidak memahami konsep bermain secara betul. Mereka sering membaling mainan, memasukkan mainan ke dalam mulut dan kadang-kala merosakkannya. Mereka mempunyai minat yang terhad kepada alat mainan dan sering bermain dengan mainan yang sama berulang kali.

Komplikasi

Seseorang yang menghidap autism akan mendapat gejala yang berlainan mengikut umur masing-masing.

  • Peringkat awal kanak-kanak – Hiperaktif, panas baran
  • Peringkat akhir kanak-kanak – suka menyerang, mencederakan diri sendiri
  • Peringkat remaja dan dewasa – kemurungan dan epilepsi

Rehabilitasi

Beberapa pencegahan termasuk :

  • Terapi pertuturan dan bahasa
    • Untuk memperbaiki komunikasi di kalangan kanak-kanak
  • Cara pulih kerja ( occupational therapy )
    • untuk menambahbaikkan kemahiran kemasyarakatan seperti : eye contact, Pemerhatian dan tumpuan serta membantu kanak-kanak menjalankan aktiviti harian.
    • berbagai rangsangan pancaindera / deria
  • Pencegahan tingkah laku ( behaviour intervention )
    • Untuk menurunkan panas baran dan tingkah laku yang ganas
  • Pendidikan khas
    • kanak-kanak autistic perlu berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran supaya keperluan pendidikan mereka dapat diberi. Borang pendaftaran boleh diperoleh di Jabatan Pendidikan atau di sekolah. Terdapat juga pertubuhan bukan kerajaan yang dapat memberikan pendidikan kepada kanak-kanak autism seperti National Autistic Society of Malaysia ( NASOM )
  • Pendaftaran Kurang upaya ( Disability registration )
    • Kanak-kanak Autism boleh berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan mendapatkan borang-borang di Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berhampiran.
Sumber Gambar : Google

Artikel ini telah disunting oleh penulis wk.com

Artikel asal :

  1. Autism- Portal My Health
  2. Autisme –Adakah Anak Saya Boleh Normal?
  3. Hello Doctor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *