Kopi

Kebanyakan permasalahan tentang kecantikan boleh diselesaikan hanya dengan cara memilih pemakanan yang betul. Pemakanan yang baik bukan sahaja boleh mengecilkan saiz pinggang anda dan membina sistem imun tubuh

badan anda, malah ia juga oleh memberi manfaat dari aspek kecantikan seperti mengurangkan kedutan, menjadikan rambut kelihatan lebih bermaya serta menguatkan kuku yang rapuh.

“Diet anda mempengaruhi secara langsung penampilan seharian anda serta memainkan peranan yang penting ketika anda menginjak usia tua”  kata Dr Joshua Zeichner.

Zeichner berkata lagi, salah satu penyelesaian tersebut adalah melalui pendekatan bijak yang dikenali sebagai “pelan pembinaan blok kulit dan rambut yang sihat ” – yang terdiri daripada 1001 khasiat, mineral, asid lemak serta antioksidan untuk melindungi badan anda daripada kerosakan disebabkan tekanan persekitaran.

Di bawah ini merupakan beberapa jenis makanan yang mesti termasuk dalam senarai runcit anda jika anda ingin mendapatkan kecantikan diri yang sebenar.

1. Kopi

Secawan kopi setiap pagi bukan sahaja memulakan hari anda, malah kopi mempunyai sebatian bioaktif yang boleh membantu melindungi kulit anda daripada melanoma (kanser kelima paling utama di Amarika syarikat), berdasarkan sebuah laporan terbaru dalam Jurnal institute Kanser Kebangsaan.

Para penyelidik mendapati bahawa lebih banyak seseorang itu mengambil minuman kopi, semakin kurang risiko mereka untuk mendapatkan penyakit ini: mereka yang minum empat cawan setiap hari mempunyai risiko 20 peratus lebih rendah risiko pembentukan melanoma malignan dalam tempoh 10 tahun berbanding individu yang tidak mengambil kopi.

2. Tembikai

Buah kegemaran orang ramai pada musim panas ini kaya dengan lycopene.

“Lycopene memberikan buah tembikai dan tomato warna merah serta bertindak sebagai antioksidan dan membantu mencegah kerosakan UV pada kulit ”  kata seorang pakar pemakanan; Keri Glassman, RD, pengasa NuutritiousLife.com.

Para penyelidik juga percaya bahawa tembikai mengandungi sebanyak 40 peratus lebih fiitokimia berbanding tomato mentah; bersamaan dengan SPF 3, jadi makan tembikai bagi meningkatkan pelindungan kulit anda terhadap cahaya matahari.

3. Buah Delima

Biji buah yang hebat ini kaya dengan khasiat seperti vitamin C yang bertindak sebagai antioksidan, seterusnya menghalang pembentukan garis-garis halus, kedutan serta kekeringan kulit dengan meneutralkan radikal bebas yang menyerang kulit.

Satu kajian dalam American Journal Of Clinical Nutrition mendapati bahawa pengambilan banyak vitamin C dapat mengurangkan berlakunya kekeringan dan kedutan kulit pada wanita pertengahan umur. Buah ini juga kaya dengan fitokimia seperti antosianin (yang membantu meningkatkan pengeluaran kolagen, seterusnya menegangkan lagi kulit wajah) dan asid ellagic (sejenis bahan kimia semula jadi yang boleh mengurangkan keradangan berpunca daripada kerosakan UV).

4. Blueberi

Tingkatkan seri wajah anda dengan mengambil buah blueberi. “buah ini merupakan sumber vitamin C dan E (dua antioksidan yang berfungsi sejajar untuk mencerahkan kulit, tona wajah yang tidak sekata dan mencegah kerosakan disebabkan radikal bebas), serta diperkaya dengan arubtin, iaitu derivative semula jadi hydroquinone yang bertindak sebagai pencerah kulit” kaya Zeichner.

5. Udang Galah

Udang galah merupakan makanan laut yang kaya dengan zink serta mempunyai cirri-ciri anti keradangan yang boleh membantu merawat pelbagai masalah kulit termasuk jerawat.

Zink akan mempercepatkan pertumbuhan sel-sel baru kulit ” kata Dr.Whitney Bowe, Professor Penolong Klinikal Dermatologi di Sekolah Perubatan Icahn di Gunung Sinai. “Itulah sebabnya anda boleh mendapati erdapat banyak ubat jerawat yang menggunkan zink sebagai  nutrien di dalam kandungannya.”

Malah, kajian menunjukkan bahawa orang yang mempunyai masalah jerawat mempunyai tahap zink yang lebih rendah berbanding orang yang berkulit normal.

6. Kale

Antara khasiat yang boleh didapati di dalam sayuran berdaun hijau ini adalah vitamin K ( ia menggalakkan pembekuan darah yang sihat, seterusnya mengelakkan dari pembuluh darah di sekitar mata tidak pecah) dan banyak zat besi.

“Zat besi yang tidak mencukupi di dalam diet anda boleh menyebabkan kulit anda kelihatan pucat, dan salur darah di bawah kulit anda lebih jelas kelihatan”  jelas Dr.Howard Murad, Profesor Madya perubatan klinikal UCLA. Untuk mendapatkan manfaat yang maksima, makan sayuran yang telah dimasak, bukannya dimakan mentah.

7. Telur

Kuku tangan dan kaki anda diperbuat daripada protein, maka kekurangan zat protein boleh menyahaktifkan talon lembut.

Pastikan kuku anda tidak menipis dan rawat kuku anda dengan cara yang betul: “Telur adalah sumber Biotin yang baik, ia merupakan sebuah vitamin B kompleks yang menghasilkan asid amino, yang kemudiannya menjadi blok binaan protein” Kata Dr.frank Lipman,. Pengarah Pusat Kesihatan Eleven-Eleven di New York.

8. Kacang Walnut

Asid lemak Omega-3 (terdapat dalam minyak semula jadi yang mengekalkan kelembapan rambut anda) dan vitamin E (yang membantu membaiki folikel yang rosak) adalah dua rahsia di sebalik rambut yang kuat dan bersinar – dan kacang ini kaya dengan kedua-dua zat tersebut, kata Lipman.

Anda hanya perlu makan ¼ cawan sehari. Tambahan pula, walnut kaya dengan zat kuprum, yang akan membantu memelihara warna semula jadi rambut anda: Kajian menunjukkan bahawa kekurangan mineral tersebut boleh menjadi faktor berlakunya uban lebih awal.

9. Avokado

Berikut merupakan sebab mengapa anda perlu menyukai buah Avokado: Buah-buahan yang kaya dengan asid oleic dan asid lemak omega-9 membantu kulit anda mengekalkan kelembapan pada lapisan luar kulit dan memastikan ia terus lembut dan anjal.

10. Tembikai Cantaloupe

“Tembikai jenis manis ini mengandungi beta karotena, atau vitamin A, yang dipercayai membantu mengawal pertumbuhan sel-sel kulit pada kulit kepala dan juga sebum di lapisan luar kulit ”  kata Zeichner. Ini boleh mengelakkan liang kecil daripada tersumbat dan menyebabkan kepingan pada kulit.

 

Akhir Kata

Kita sudah mengetahui jenis makanan awet muda yang mudah diperolehi. Carilah dan makanlah dari makanan-makanan yang halal. Semoga dalam kita menjaga diri untuk menjadi cantik secara luaran, biarlah dalaman diri kita juga cantik.

 

Sumber: http://siraplimau.com/makanan-awet-muda/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *