Gray And Green Beauty Photo Collage

Sebenarnya ada 3 step penting (basic) untuk penjagaan muka.

  1. Cuci muka.
  2. Pakai pelembap (Mosturiser).
  3. Memakai Sunscreen (Waktu siang).

Tips cari pencuci muka yang baik.

Gambar Hiasan : Google

Kita wajib cuci muka (Pagi dan malam). Kenal pasti jenis kulit kita sama ada berminyak, kering atau combination skin. Cara kenal jenis kulit muka adalah selepas bangun dari tidur.

  1. Cuci muka dengan air biasa.
  2. Biarkan kulit kering selama 30 minit hingga 2 jam.
  3. Selepas 2 jam perubahan kulit akan berlaku. Perhatikan kulit. Sekiranya didapati rasa berminyak bermakna kita jenis oily skin. Jika kulit muka terlalu kering, ketat dan pedih, itu menunjukkan kulit kita jenis sensitif ataupun kering. Sekiranya kulit area T zone berminyak, tetapi di kawasan lain kering, ia menunjukkan kita mempunyai jenis combination skin. Kalau kulit tidak merasa apa-apa, maknanya, kita memilik kulit yang normal.

Kita tidak boleh terjah pakai sahaja mana-mana cleanser, mosturiser ataupun sunscreen. Jangan ikut orang, sebab lain orang lain kondisi kulit.

Lepas tahu jenis kulit sendiri, kita juga kena tahu apa yang kita perlu. Tidak semua orang memerlukan benda yang sama. Mahal atau murah, pastikan berkualiti. Pastikan beli di kedai yang diiktiraf (Watson, Pharmacy, Guardian, etc).

Tips menjaga kulit bagi yang mempunyai banyak masa

Gambar : Google
  1. Pakai Cleanser. Selepas mengenalpasti jenis kulit, kenal pasti apa yang kita perlu. Ada orang yang mahu cerah, untuk jerawat dan macam-macam.
  2. Pakai toner. Pemilihan toner adalah sama ada untuk mencerahkan, kurangkan minyak, jeragat, jerawat, bintik hitam dan untuk hydrating. Pilih apa yang kita perlu. Cara pakai toner? Menggunakan kapas atau menggunakan telapak tangan (Lebih jimat). Selain itu, boleh juga pakai toner jenis spray.
  3. Pemilihan essence.
  4. Pakai Serum.
  5. Pakai Mosturiser. Pemilihan pelembap muka ada yang bentuk gel, krim dan juga losyen. Lagipun sekarang sudah tidak ada tester. Jadi buatlah research dahulu sebelum beli.
  6. Pakai Sunscreen. Untuk lindungi kulit daripada UVA dan UVB yang juga boleh mengakibatkan masalah jeragat. UVA boleh menyebabkan kulit kita tampak lebih berusia. Manakala UVB boleh buat kulit terbakar.
  7. Penjagaan malam (Sheet Mask, Sleeping Mask, Claymask). Claymask sama fungsi macam bedak sejuk.
Gambar Hiasan : Google

Pemilihan set penjagaan kulit wanita berusia.

Kajian mendapati, semakin berusia, semakin ramai orang yang mahu membuat penjagaan kulit.

Awas, ramai juga yang mencuci muka dengan menggunakan lemon. Tetapi, lemon ini sebenarnya mengandungi kandungan asid yang boleh mengakibatkan kulit terasa pedih.

((Fesyen bergaya mengikut usia))

Bergaya mencerminkan personaliti diri walaupun anda suri rumah dan telah berusia.

Tips fesyen nampak muda

Gambar Hiasan : Google

Gunakan teknik penyamaran (Comourflage). Kita bantu tenggelamkan yang tidak mahu ditonjolkan dalam masa yang sama tonjolkan apa yang mahu ditunjuk.

  1. Lengan menggelebeh. Gunakan lengan panjang.
  2. Perut buncit. Memakai skirt adalah lebih baik daripada seluar. Kemudian, elakkan memasukkan baju ke dalam seluar ataupun skirt (Tie in).

Tips fesyen bagi kaum lelaki

  1. Kemeja bercorak atau berjalur menegak (Nak bagi nampak kesan kurus).
  2. Kemeja tidak bercorak (Plain)- Warna cerah.
  3. Tambahan aksesori seperti topi dan cermin mata.

Mahu cantik, perlu ke beli pakaian mahal?

Tidak perlu sebenarnya. Janji terletak dan sesuai pada tubuh kita.

  1. Bijak padankan baju dan seluar/skirt.
  2. Pilih warna yang sesuai dengan usia.

Semoga bermanfaat. Jangan lupa kongsikan artikel ini. Selamat Mencuba!

Artikel disediakan oleh penulis wk.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *