Mihrab Ramadhan Rehatlah Wahai Hati – Made With PosterMyWall (1)

Assalamualaikum w.b.t. Semoga kita semua dapat merasakan kelazatan dan kenikmatan beribadah mendekatkan diri kepada Allah S.W.T di bulan Ramadan ini.

Munajat Ramadan yang ustazah petik daripada Hizib zikir dan doa Syeikh Abu Abbal dan Syeikh Abu Hassan.

Maksudnya:

Ya Allah, kami telah menzalimi diri kami sendiri. Kami bertaubat kepadaMu dengan lisan kami, dengan keazaman kami dengan perbuatan kami. Kerana itu terimalah taubat kami sebagai kemurahan dan kasih sayangMu Ya Allah. Wahai Allah, kuatkanlah kami melakukan amal yang Engkau redhai. Perbaikilah untuk kami anak keturunan kami. Kami kembali kepadaMu Ya Allah. Kami kembali kepadaMu Ya Allah. Kami kembali kepadaMu Ya Allah dan termasuk dalam golongan orang-orang muslimin. Amin Ya Rabbal a’laamiinn.

Alhamdulillah. Itu contoh munajat-munajat doa kepada Allah Azzawajalla. Kita mungkin tidak pandai sangat untuk buat munajat kita sendiri. Jadi, pada permulaannya kita belajar dengan melihat kepada munajat, doa orang-orang soleh.

Sidang pembaca sekalian,

Cuba baca dan praktikkan. Insya Allah lama kelamaan daripada hati nurani kita sendiri lepas ini akan pandai bermunajat dengan Allah Azzawajalla.

Tajuk kita pada artikel hari ini adalah, “Rehatlah wahai hati”.

Siapa dalam kalangan kita yang terasa saat ini diri sangat penat? Wahai sahabat-sahabat, bila hati kita penat, yang lain-lain juga akan ikut penat. Sebab hati ini adalah raja. Bila hati ini penat, nanti tubuh badan kita juga cepat penat. Bila hati kita penat, Fikiran kita pun akan rasa penat. Emosi kita semua akan penat. Masya Allah, penatnya menanggung emosi yang penat. Emosi yang sentiasa berkeluh kesah, sentiasa rasa tak cukup, sentiasa itu tak betul ini tak betul, yang sentiasa merungut, penatnya dengan pemikiran. Macam-macam ada dalam fikiran itu. Antaranya, perkara yang bukan tauhid kepada Allah.

Bila kita buat sesuatu yang Allah tidak takdirkan benda itu untuk kita, tapi kita nak juga dengan berusaha lalu menggunakan tubuh badan kita ini untuk mendapatkannya menyebabkan betapa penatnya merebut suatu benda yang memang bukan untuk kita. Sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian. Ustazah cuba memudah carakan perbincangan kita dengan masa yang terbatas ini.

Cakap soal kerehatan hati ini, sebenarnya ustazah juga nak kepada hati yang rehat. Hal ini kerana, hati yang rehat ini adalah hati yang tenang. Banyak dibincangkan juga dalam beberapa kitab tentang hati yang rehat. So, bila dalam keadaan rehat, kita tahu rasanya macam mana. Sedap je. Lapang je. Seronok dan segar je. Macam tidur yang merupakan salah satu bentuk kerehatan. Dapat tidur yang pulas atau deep sleep, Masya Allah bangun itu terasa segar tubuh badan. Jadi, kita nak kepada hati yang rehat.

Sumber Gambar : Pinterest

Ustazah ada gariskan beberapa perkara yang berkait dengan kerehatan hati.

Bagaimana untuk merehatkan hati?  Apakah ciri-ciri hati yang rehat ini?

Hati nak bagi rehat. Wahai hati rehatlah. Subhanallah sahabat-sahabat sekalian, dalam sesebuah kehidupan kita lalui, kita terasa apabila kita buat sesuatu benda yang tidak jelas matlamat umpama kita pergi berjalan, tetapi tidak ada hala tuju. Semuanya dalam keadaan samar. Kita memang akan penat. Tenaga akan lebih. Emosi juga akan terganggu. Ustazah selalu juga buat dalam majlis ilmu sebagai contoh kita nak pergi suatu tempat.

Sumber Gambar : Pinterest

Misalnya, nak ke Bandar Tun Hussein Onn. Masya Allah di sana banyak sangat kawasan-kawasan perumahan, kemudian suami kita ajak katanya nak pergi majlis kenduri anak sahabat. Bila kita hendak pergi mana-mana apa yang penting adalah kita nak kejelasan alamat. Perlu diambil kira jalan yang mana, nombor rumah mana dan sebagainya. Andai kata suami kita kata, ‘Takpelah Bandar Tun Hussein Onn itu dekat hujung sana saja. Kita nampak saja khemah besar kita turun tanya.’ Cuba bayangkan apa yang akan berlaku sepanjang perjalanan tersebut. Kalau setakat 3 khemah, okay lagi untuk bertanya. Masih okay lagi hati kita. Tetapi kalau sampai 5 hingga 6 khemah, agak-agak apa yang akan jadi suasana dalam perjalanan kita itu? Itu adalah satu gambaran yang berlaku dalam realiti kehidupan masyarakat kita.

2 perkara dalam menentukan tujuan hidup.

  1. Tauhid kepada Allah Azzawajalla. Menentukan tujuan kita. Bila hati kita tidak benar-benar mentauhidkan Allah, tidak lurus mengharapkan Allah Azzawajalla, tidak begitu menghayati ‘Tiada Tuhan selain Allah’. Lawan kepada Tauhid adalah menyekutukan Allah. Peganglah satu perkataan dalam hidup sahabat-sahabat semua, jadilah hamba Allah yang paling setia dengan Allah Azzawajalla, yang mendahulukan Allah lebih dari segala-galanya. Kita tahukan bagaimana gambaran setia dalam hidup ini. Insya Allah tuan puan, hati bilamana sudah redha dan bebas dari mengingati selain daripada Allah, dia akan rehat, tenang dan lapang.
  2. Tentukan tujuan. Berikan sebuah fokus dalam hidup kita. Apa fokus kita? Ke mana fokus kita? Apa yang kita tengok dan lihat, otak akan proses. Tiba-tiba input yang kita proses adalah benda-benda perhiasan dunia. Penat tak hati dan otak kita nak proses? Penat otak dan hati kita nak proses. Mari kita design kan langkah demi langkah tujuan hidup kita. Di antara cara merehatkan hati adalah melihat kebesaran, keagungan, kesempurnaan Allah, kita akan tenang.
Sumber Gambar : Pinterest

Ya Allah jadikanlah aku pada pandangan diriku sendiri orang kecil, orang yang tidak ada apa-apa. Tetapi pandangan manusia, boleh jadi bermanfaat. Ya Allah jadikanlah aku orang-orang yang benar-benar sabar dan bersyukur.

Ibnu Atta Illah As-Sakandari,

“Rehatkanlah dirimu daripada tadbir”.

Kena faham betul-betul makna tersebut. Maksudnya dalam menguruskan urusan hidup, jangan kita putus hubungan dengan Allah. Maksud terputus di sini tidak bersandarkan kepada Allah Azzawajalla. Tengok macam mana apa yang dianjurkan dalam Islam.

Kesimpulannya, dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang. Jangan lupa dalam doa untuk ummah agar beroleh tauhid dan hidayah Allah, diampunkan dosa. Moga-moga sedikit amal yang kita buat, diterima Allah S.W.T.

Artikel disediakan oleh penulis wk.com

Untuk dapatkan paparan lanjut boleh ke FB Page Datuk Dr. Norhafizah Musa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *