Blue Merry Christmas And Happy New Year Facebook Post

Bagaimana kita mahu menjadi seorang yang lebih baik pada tahun 2022?

Allah S.W.T berfirman dalam surat cintaNya yang bermaksud:

Dan ditanya pula kepada orang-orang yang bertaqwa: “Apakah yang telah diturunkan oleh tuhan yang telah diturunkan oleh Tuhan kamu?” Mereka menjawab: “Kebaikan” orang-orang yang berbuat kebaikan di dunia ini beroleh balasan yang baik, dan sesungguhnya balasan negeri akhirat itu lebih baik lagi; dan memanglah negeri akhirat ialah sebaik-baik negeri bagi orang-orang yang bertaqwa“.

Surah An-Nahl: Ayat 30
Gambar Hiasan : Google

Kebaikan itu sangat luas. Bila berkawan dengan orang-orang yang bertaqwa, kita akan mendapat aura positif. Kemudian, kita apabila mahu melakukan sesuatu kebaikan, janganlah mengharapkan balasan dari manusia. Biarlah harapan itu hanya untuk mendapatkan balasan daripada Allah S.W.T.

KIta kena percaya setiapa apa yang datang adalah daripada Allah S.W.T. dan kepadaNya lah tempat kita akan kembali serta sebagai tujuan hidup kita.

Apa yang kita hendak buat untuk menjadi lebih baik?

Semua orang menyambut tahun baru. Cuma kadar apa dan guna apa. Ada orang guna matahari. Ada orang guna perkiraan bulan. Ada orang yang guna perkiraannya sendiri. Hal ini demikian disebabkan tarikh masihi tidak sama dengan tarikh hijrah. Tetapi secara umumnya sekarang, kita gunakan masihi iaitu masa 2022.

Masa yang datang kepada setiap dari kita adalah 24 jam. Bagi orang yang mengisi penuh dengan perkara-perkara baik, dalam masa 365 hari itu dia boleh berkembang menjadi orang yang makin baik. So, kreativiti dan pemikiran dia adalah satu usaha untuk dia menambah nilai diri.

Petikan : Aiman Azlan

Bila kita akan pergi ke akhirat, kita akan ada akaun tersendiri. Kita akan lagi gembira apabila diizinkan Allah untuk berada di tahun baru kerana masih lagi diberi peluang dan kesempatan menambahkan akaun kita itu. Jika sebaliknya, kita pasti sedih sebab waktu tidak akan kembali lagi.

Sebaik-baik manusia adalah orang yang panjang umur dalam kebaikan.

Jadi, kita kena baiki niat, rancang dan perlu ada objektif. Insya-Allah kita ada target untuk dicapai. Insya-Allah 50 peratus yang kita rancang akan dimakbulkan oleh Allah S.W.T.  Tetapi dengan syarat, rancang untuk menghadapi 2022.

Analogi  lain, gaji kita adalah RM 1000. Kita pun asingkan siap-siap lebih kurang RM50 untuk ibu dan ayah, RM 50 lagi untuk adik beradik dan sebagainya, Kalau tidak rancang RM150 itu kadang-kadang kita beli benda yang tidak ada apa-apapun.

Untuk menjadi lebih baik tahun depan, kena ada  Self dicipline dan Self control. Mulakanlah dengan bacaan doa.

Bagaimana kita hendak ubah diri kita dari sifat yang suka menyalahkan, membentak, suka melihat kepada perkara-perkara yang tidak baik, mencari salah pihak lain (Sifat Toksik Dalam Diri) kepada menjadi seorang yang bertanggungjawab?

Bila kita ada masalah, kita balik kepada Allah dan Rasulullah. Balik kepada Al-Quran dan sunnah. Rasulullah S.A.W pula merupakan kekasih Allah yang paling banyak diberi ujian. Semenjak lahir lagi sudah menjadi yatim piatu, kemudian seorang demi seorang meninggal termasuklah datuk, bapa saudara dan isteri baginda.

Gambar Hiasan : Pinterest

Macam-macam ujian yang diberi kepada baginda. Kalau Rasulullah yang diuji oleh Allah ini boleh hidup dengan baik, kenapa tidak kita? Macam sekarang kita diuji dengan pandemik dan endemik, rupa-rupanya Allah dari awal lagi telah memerintahkan supaya kalau ada satu wabak jangan masuk dan jangan keluar. Kemudian, diuji dengan orang tua yang banyak kerenah. Dalam al-Quran, Allah ada mention kerenah ibu ayah. Kamu jangan kata, ‘Oh’ kepada mereka kerana mak ayah ini akan mempunyai pelbagai kerenah sampai mereka meninggal dunia. Tapi, keberkatan daripada mak ayah ini memang luar biasa.

Pada tahun 2022 ini jadikan sasaran target agar kita menjadi seorang yang problem solver bukannya problem maker. Masalah ini memang akan sentiasa ada sepanjang kita menjadi khalifah di muka bumi ini.

Sekarang ini kita kena tahu fitrah. Kenal diri, kenal anak, suami dan lain-lain. Jangan kita menjadikan perkara negatif sebagai penghalang kepada kita untuk menjadi lebih baik. Banyakkan bermunajat kepada Allah S.W.T sekiranya memerlukan bantuan agar dikurniakan penyelesaian dan jalan keluar.

Analoginya, orang dulu jarang pakai sneakers. Sneakers ini biasanya dipakai untuk bersukan. Hari ini pula kita boleh lihat berapa orang yang memakai sneakers. Sebabnya, ia adalah mudah, ringan dan selesa. Hari ini semua orang pakai kerana zaman sudah berubah.

Ada orang yang terhantuk baru terngadah. Ada orang yang bila azan berkumandang, dia  bangun. Ada orang kena paksa, baru mahu solat. Walaubagaimanapun proses itu sebelum mati, peluang taubat itu akan sentiasa ada.

Pendidik jangan berputus asa. Belakang parang walaupun diasah akan tajam. Di Kelantan agenda kali ini adalah Merakyatkan perjuangan islam dan mengislamkan perjuangan rakyat. Membantu rakyat ketika mereka susah atau ditimpa musibah adalah suatu perjuangan yang sesuai dengan umat islam. Bukalah quran selalu jika kita berada dalam masalah. Buka quran dan baca. Kalau tidak reti baca, tanya  ulamak atau ,orang bijak pandai kerana andai Rasulullah masih ada, bagaimana Rasulullah menghadapinya di zaman yang serba mencabar ini.

Latest, beberapa kawasan di Malaysia telah mengalami banjir kilat. Jadi, kita merasa susah sebab sudah diuji. Bagaimana pula dengan mangsa-mangsa banjir. Tetapi, kebergantungan diri kepada Allah mesti ada ikhtiar, bukan hanya berdoa.

Bagaimana menguruskan emosi sewaktu meninggalkan anak-anak dan suami yang memerlukan perhatian seorang ibu dan isteri?

Bila hendak keluar rumah, pastikan kita ini menjadi seorang yang bermanfaat. Setiap kali mahu keluar rumah, laksanakanlah solat hajat. Bila balik waktu malam, laksanakanlah juga solat hajat. Kiranya solat hajat 2 kali sehari, melazimi al-Quran dan pastikan berdoa demi sebuah pengharapan agar anak-anak, ahli keluarga dan harta dalam jagaan Allah sentiasa.

Gambar Hiasan : Google

Engkaulah Allah pemilik segala harta  ini. Kita mudahkan urusan orang lain, Allah S.W.T akan mudahkan segala urusan kita. Bila kita ada mind setting seperti ini berada di rumah kerana Allah, luar rumah pun perlu khidmat kerana Allah.

Sekarang ini apa beza bekerja dengan berjuang? Prasarana dan perancangan perlu ada untuk handle setiap permasalahan.  Lakukanlah segala amal perbuatan adalah demi meraih keredhaan Allah.

Kita rekod apabila kita buat baik. Cukup seminggu tengok, kita akan bahagia. Cukup setahun, berapa ringgit atau ribu kita telah bersedekah. Tanda ini bertujuan menjadikan motivasi kepada diri kita untuk sentiasa melakukan amal kebajikan.

Semoga sama-sama dapat mengambil ibrah.

Artikel disediakan oleh penulis wk.com

Link Asal: FB Page Mumtaz Md Nawi Official

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *