Slide3

Serba sedikit info penulis buku Modul Keluarga Mawaddah

Pasangan suami isteri Dr. Noor Hisham Md Nawi dan Puan Mazidah Muhammad. Puan Mazidah seorang suri rumah berijazah Sarjana Muda dalam bidang pendidikan di Univerisiti Malaya ini pernah menjawat jawatan sebagai pensyarah, kaunselor dan Penolong Pengarah. Beliau juga pernah dilantik sebagai panel penggubal Dasar Keluarga Mawaddah Negeri Kelantan serta turut aktif dalam penulisan buku dan menyampaikan ceramah motivasi dan kekeluargaan.

Apa yang menyebabkan penulis memilih tajuk berkaitan keluarga serta objektif yang ingin disampaikan

Nama penulis ada dua terpampang di muka buku iaitu insan yang tidak asing kepada Puan Mazidah atau dikenali dengan Kak Dah sendiri, suaminya yang bernama Dr. Noor Hisyam Md Nawi.

Semasa zaman remaja dahulu berminat dan bercita-cita untuk menjadi seorang Novelis. Banyak pencapaian demi pencapaian yang telah diperoleh oleh Puan Mazidah sendiri.

Sumber Gambar : Telaga Biru

Setelah berkahwin, fokus mula kepada buku pendidikan anak-anak. Manakala, suami memang meletakkan syarat sebelum berkahwin mahu dirinya berhenti kerja dan menumpukan perhatian kepada pendidikan anak-anak. Sebab, pada pandangan suami dan Puan Mazidah sendiri, peringkat 0 hingga 4 Tahun pertama adalah lebih penting daripada peringkat 4 tahun berada di Universiti. Tempoh 0 hingga 6 tahun awal tahun pertama adalah proses pembentukan peribadi anak-anak itu sudah sempurna. Pembentukan personaliti anak-anak sudah sempurna. Umumnya di saat inilah kebanyakan dari kita masih lagi terbeban dengan kerjaya kita, keliru sama ada untuk memilih kerjaya dahulu atau pendidikan anak-anak. Jadi Puan Mazidah bersetuju untuk berhenti kerja demi memberikan pendidikan yang terbaik untuk anak-anaknya.

Oleh itu, Suami menolong memberi bimbingan kepada Puan Mazidah sendiri untuk menjadi penulis. Semasa berkahwin apabila berhenti kerja, suami cuba guide menulis dan keluarlah buku pertama kami, ‘Indahnya Didikan Awal Anak Cara Islam’ dengan PTS dan itu adalah macam mana guidelines untuk kitaMendidik Anak peringkat Umur 0 hingga 2 Tahun. Ini sebagai salah satu persiapan kami juga, lepas kahwin kita dapat anak, tidak ada satu kurikulum yang jelas untuk mendidik anak 0 hingga 2 tahun. Biasanya pendidikan anak-anak ini 4 tahun ke atas baru diadakan guidelines untuk nak kena buat apa, kerohaniannya macam mana.

Jadi design buku, ‘Indahnya Pendidikan Awal Anak Cara Islam 0 hingga 2 tahun alhamdulillah sudah diterbitkan dan ini alhamdulillah buku ‘Modul Keluarga Mawaddah’ sebagai modul kedua.

Bagaimana buku ini tercetus? Sebenarnya Puan Mazidah dan suami sebagai antara penggubal, ‘Dasar Keluarga Mawaddah’. Jadi bila Kerajaan Negeri di bawah UKEKWA, YB Dato’ sendiri hasratkan supaya ada satu modul. Hasil daripada dasar tersebut terhasil menjadi Dasar Keluarga Mawaddah. Jadi beliau dan suami diamanahkan untuk design buku ‘Modul Keluarga Mawaddah. Sebenarnya buku ini sudah disahkan oleh panel perunding yang terdiri daripada pakar-pakar pendidikan anak-anak dan kekeluargaan seperti Ustazah Isfadiah, Ustazah Nur Hafilah, dan Ustazah Asmak Husin sendiri serta ramai lagilah panel-panel.

Antara content dalam buku Modul Keluarga Mawaddah

Sebagai proses pertama hendak membina keluarga ini, kita mesti ada komponen kita dengan diri kita sendiri. Mulakan dengan persediaan diri kita. Ready diri kita untuk menjadi isteri yang terbaik. Prepare diri kita untuk menjadi suami yang terbaik. Prepare diri kita untuk menjadi menantu yang terbaik.

Antaranya dengan mengumpul dan membaca buku-buku perihal rumah tangga dari sekarang. Pergi mana-mana pesta buku misalnya, cari buku-buku berunsur pendidikan kanak-kanak. Kita kena ready dan prepare sebab kitalah yang akan membentuk keluarga nanti. Kalau baik diri kita, maka baiklah nanti keluarga. Betulkan diri kita dari segi fizikal, emosi, rohani dan pengurusan terbaik diri kita semua ada ditulis dalam buku, ‘Modul Keluarga Mawaddah’.

Urus diri anda dahulu, sebelum anda cuba mengurus diri, keluarga dan orang lain. Maksudnya, urus diri kita, jadi diri kita. Jangan jadi orang lain. Kita kena bertanding dengan diri kita. Sebab ramai yang terlalu memikirkan perihal masalah belum bertemu jodoh meskipun usia kian lanjut menghampiri 30-an misalnya. Jangan kita jadikan umur itu sebagai benchmark. Jangan kita tengok orang lain. Masing-masing ada timeline yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Kita akan tertekan apabila asyik membandingkan atau hendak menyamakan diri kita dengan orang lain.

Dalam buku ini juga ada lampiran aktiviti muka surat 29 aktiviti 6, ‘Anda dan Diri Sendiri’disediakan beberapa Checklist 1 hingga 5. 1 lemah, 5 sangat baik. Contohnya, diri fizikal (Kebersihan Gigi, Mulut, Rambut, Kuku jika sudah baik tick). Penampilan diri dan pakaian di rumah baik ke tidak? Siapa yang nilai? Kita yang nilai. Kita nak tahu diri kita ini sudah baik ataupun tidak dari sudut fizikal. Kalau diri kita terbaik dari segi fizikal Alhamdulillah. Kalau kita ini jenis suka mengemas rumah, Insya Allah rumah kita nanti akan kemas. Kalau belum lagi, nak kena ready tengok kekurangan dan kelemahan diri kita di mana.

Jadi dalam buku ini setiap bab ada contoh aktiviti yang boleh kita buat dan kita boleh semak diri kita dan beberapa cadangan dan langkah-langkah yang boleh dilakukan. Maknanya kena buat checklist sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

Kalau yang nak jadi suami itu nak kena ready tolong mak dekat dapur, tolong mengemas, tolong jaga adik maknanya ready dengan tanggungjawab supaya tidak terkejut nanti bila kahwin.

Sumber Gambar: Telaga Biru

Diri dan pengislahan

Bagaimana kita nak lihat proses untuk urus diri kita terlebih dahulu sebelum urus diri orang lain adalah dengan melihat atau berhijrah diri kita. Jika belum menutup aurat, mulakan langkah menutup aurat. Jikalau kita hendak melahirkan keluarga yang solat berjemaah, kita kena solat berjemaah. Kalau kita nak anak kita itu cintakan Qur’an, kita pun kena mula mencintai al-Qur’an dari sekarang.

Kadang-kadang untuk pendidikan anak-anak, kita kena tunjuk juga perbuatan kita ke arah itu di hadapan mereka. Sebab bila anak tengok kita buat, mereka akan turut lakukan perkara yang sama. Ramai dalam kalangan ibu bapa bertanya mengapa anak-anak sukar untuk membaca al-Qur’an. Rupanya, sejauh mana atau berapa banyak kita membaca al-Quran di dalam rutin harian kita sebagai individu muslim. Berapa kali anak kita tengok kita baca al-Qur’an? Kalau kita tidak dapat berbuat demikian, seperti itulah anak-anak kita.

Jadi segala-galanya bermula dengan diri kita. Kalau kita nak anak kita hebat, kita kena jadi ibu yang hebat. Sebab, proses akan menentukan natijah. Kalau proses itu baik, natijah juga Insya Allah akan baik. Kalau proses itu tidak baik, maka tidak baiklah natijahnya.

Analogi mudah, kalau proses kita nak burger yang special, prosesnya mesti special. Mesti dagingnya double ke. Ada keju ke. Lepas itu kita proses jadi burger special. Tetapi, kalau kita ambil daging burger yang telah expired, tidak diproses dengan baik, dan kemudian kita buat sambil lewa burger itu, proses itu tidak akan menghasilkan burger yang special.

Menyentuh tajuk dalam Bab 4, ‘Anda dan Orang lain’. Apa yang menarik?

Intipati utama buku ini ada pada bab 4. Jadi kalau tidak sempat membaca bab lain itu memang bab 4 ini tidak boleh speed reading. Dalam bab ini ada bagaimana membentuk keluarga. Lebih kurang susunannya adalah;

  1. Sumber utama modul- Hasil berdasarkan Modul Dasar Keluarga Mawaddah.
  2. Dimulai dengan penjelasan sendikit mengenai Dasar Keluarga Mawaddah.
  3. Mempunyai 7 sektor (Ibadah dan Kerohanian, Ekonomi dan Kewangan, Kesihatan dan Keselamatan, Pengurusan dan Pentadbiran, Pendidkan dan Budaya Ilmu, Amalan dan Budaya Keluarga serta Kebajikan dan Kemasyarakatan.)
  4. Setiap sektor adalah diberikan apakah strategi cadangan apa yang perlu dilakukan.

Ada 3 jangka masa perspektif pengurusan keluarga (Perancangan, Pelaksanaan dan Pembinaan).

Peringkat Perancangan

Perancangan ini bermaksud fasa sebelum kahwin. Bagi yang belum berkahwin, anda kena rancang suami bagaimana yang anda impikan. Anak-anak yang bagaimana impian anda. Rumah yang bagaimana and impikan. Sentiasalah berdoa dan yakin dengan Allah SWT.

Peringkat Pelaksanaan

Pelaksanaan ini biasanya di awal perkahwinan 5 tahun pertama, 10 tahun pertama.

Peringkat Penilaian

Peringkat 12 hingga 25 tahun usia perkahwinan.

Panduan bagaimana membina falsafah keluarga

Kalau kita bekerja di pejabat, kita kena ada Strategic planning ataupun perancangan tahunan, 5 tahun, 10 tahun. Tetapi dalam membina keluarga, ada tak kita buat perancangan? Jarang-jarang. Sedangkan institusi keluarga adalah sangat penting dan asas dalam membina generasi. Bagaimana kitab oleh biarkan perancangan institusi penting dalam pembinaan generasi. Apa matlamat, falsafah, visi dan misi, apa yang nak capai. Kalau boleh didokumentasikan atau jika tidak mampu perlu ada kesempatan bersama pasangan. Tapi jangan risau dalam buku Modul Keluarga Mawaddah ada menyediakan kaedah dan garis panduan yang boleh dijadikan bahan rujukan.

Puan Mazidah berkongsi mengenai trademark keluarganya iaitu, ‘Berkeluarga sampai syurga’. Bila mana ada pertengkaran kecil misalnya, aka nada yang ingatkan, ‘Jangan bergaduh, kitakan nak bersama sampai syurga’. Masha Allah.

Selain itu, bilamana anak-anak liat solat, masuk bilik berkurung, tunggu masa yang sesuai baru keluar. Peranan parent menegur anak dengan berhikmat, ‘Kalau nak duduk bersama di syurga dengan mak dan abah kena jujur’. Jadi benda-benda macam ini yang kitab oleh terapkan dalam keluarga kita yang kita cintai sehingga syurga. Insya Allah. Simple, mudah tapi kesannya sangat mendalam.

Banyak aktiviti yang dilaksanakan oleh Puan Mazidah bersama anak-anaknya. Boleh ke Fb milik Puan Mazidah untuk mengikutinya.

Sektor ibadah

7 sektor yang ditekankan oleh Puan Mazidah dalam buku, ‘Modul Keluarga Mawaddah’

  1. Sektor Ibadah dan Kerohanian

Objektif-Nak memastikan seluruh keluarga kita itu mengamalkan ibadah yang sah. Kena peka dengan anak-anak. Kadang-kadang si bapa bawa diri dia sahaja ke masjid tanpa memastikan anak-anak dan isteri solat awal juga. Kita kena jaga diri kita dan keluarga kita dari neraka.

Selain itu, menyediakan ruang solat khas untuk solat berjemaah. Ruang itu kalau boleh kemas, dilakukan paling kurang 3 kali seminggu dipimpin oleh suami dan ayah. Boleh lakukan penggiliran dengan anak lelaki yang besar mengimamkan solat.

Kemudian, meghidupkan amalan Qiamullail selepas solat seperti berwirid dan berdoa. Kita sebagai orang tua baca doa yang jelas didengari oleh anak-anak, difahami oleh mereka agar mereka dapat mengaminkan bersama-sama. Benda simple, tapi sangat berkesan. Cara ini akan buat mereka bermotivasi untuk melakukan sesuatu ditambah pula doa ibu adalah doa yang berkat. Termasuk doa supaya dipermudahkan urusan jodoh.

Tips ibadah membaca al-Quran pula biarlah anak-anak belajar secara direct dengan ibu dan ayah. Pahala berterusan kepada kita sampai kita mati Insya Allah. Jika tidak pandai al-Qur’an atau tajwid, boleh ajar mengenal huruf Hijaiyyah misalnya. Ajarlah sikit muqaddam rendah-rendah ke. Pastikan kita dapat sumbangan juga. Jangan serahkan seratus peratus kepada guru. Qur’an itu adalah Fardhu ‘Ain ke atas ibu dan ayah. Tanggungjawab kita mendidik anak-anak kita memastikan anak-anak mendapat pendidikan al-Qur’an.

  • Ekonomi

Matlamat untuk memiliki ekonomi yang teguh dan bersabar. Ringksannya, sebagai seorang suami isteri, ‘Ukur baju di badan snediri’. Bila kita berkeluarga, kena ada sumber ekonomi kita, kena berusaha untuk memperkukuh ekonomi, kena berusaha untuk mencukupkan nafkah, suami wajib mencari nafkah serta cukupkan nafkah kepada isteri dan anak-anak.

Manakala isteri kena sentiasa Qanaah. Jangan pula isteri membebani suami dengan perkara-perkara yang tidak perlu. Berbelanjalah ikut kemampuan suami. Rumah tangga adalah saling melengkapi.

  • Kesihatan dan keselamatan

Bagaimana kita hendak memastikan ahli keluarga kita sihat, selamat, ceria dan tenang. Selamat, suami kena sediakan kediaman yang selamat, kena ada semakan kesihatan secara berkala dan kena ada senaman. Kerana Allah suka mukmin yang sihat. Kena sentiasa kaitkan dengan Allah.

Contoh, Rancang aktiviti fizikal yang sihat bersama melibatkan seluruh ahli keluarga seperti gotong-royong, berkebun dan berjoging. Kalau ada nakk-anak kecil, kita kena amalkan budaya untuk tidak tidur selepas subuh. Sebab, keberkatan itu pada subuh. Bagaimana nak elakkan daripada tidur selepas subuh? Puan Mazidah berkongsi tips keluarganya adalah pagi-pagi turun mencabut rumput bersama-sama terutama pada setiap hari Jumaat (Hari cuti sekolah).

Mengadakan kempen banyak minum air masak. Bagi ganjaran ke misalnya bagi menggalakkan ahli keluarga kurangkan minum air manis.

Mengamalkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam. Elakkan junk food.

Waktu makan mesti berjadual dan makan berjemaah.

  • Pendidikan dan Budaya Ilmu

Matlamat Keluarga yang berpendidikan dan sentiasa mencintai ilmu. Pendidikan ini mesti disengajakan dengan tahu dan buat. Contoh mudah, Situasi bukan contoh pendidikan adalah kita ada anak kecil yang baru belajar makan. Tetapi makan bersepah-sepah. Jadi kita pun suapkan. Suatu hari kita kena hadir mesyuarat, kita pun letak makanan siap-siap biar dia makan sendiri sebab nak cepat.

Situasi contoh pendidikan adalah bila mana si ibu dengan sengaja merancang bagi memastikan anak kecilnya boleh makan dengan sendiri. Hal ini kerana, si ibu sedar matlamatnya mahu anak belajar makan tanpa tumpah dalam keadaan dirancang.

Pendidikan yang bersepadu antara ilmu fardhu ain (Wajib ke atas ibu bapa) dan fardu kifayah. Semuanya kena ada kaitan dengan Allah.

Seminggu sekali usrah keluarga, mesyuarat keluarga,

Bagaimana Puan Mazidah didik anak-anak apabila berhadapan dengan tetamu

Sektor ke enam (Amalan dan Budaya Keluarga), tips yang diterapkan oleh Puan Mazidah (Sebelum musim Covid-19) adalah dengan mengajar anak-anak bersalaman dan memperkenalkan diri nama, umur, belajar di mana dan ucapan terima kasih kepada tetamu kerana sudi datang ke sini. Jika sudah tidak ada benda nak cakap, mereka dikehendaki memohon untuk minta diri beredar.

Semoga bermanfaat.

Artikel telah ditulis semula oleh penulis wk.com

Artikel asal boleh menonton video rasmi di FB Pusat Sumber Sayyidatina Habsah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *