Kerjaya : Kursus Untuk Wanita Di Kelantan
69

Anugerah Tokoh Aktivis Cakna OKU dianugerahkan kepada Yang Berbahagia Encik Mohd Razali Md Din. Individu yang telah memberi sumbangan yang besar dalam bidang kebajikan terutama pemerkasaan golongan OKU tanpa mendapat manfaat secara peribadi.

merupakan Pengerusi Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) INSANI Machang dan Setiausaha Kehormat Pertubuhan Majlis Pengerusi PPDK Kelantan.

Telah bergiat aktif lebih 25 tahun dalam pembangunan OKU dalam negeri Kelantan, beliau tidak lokek dengan ilmu dan ringan tulang dalam membantu. Beliau telah terlibat secara langsung dalam penubuhan awal lebih 5 NGO OKU bagi memperkasakan warga OKU.

Beliau diangkat oleh warga OKU bagi mewakili mereka untuk menjadi Penyelaras Pembangunan OKU Negeri (PPON) bermula 2013 sehingga bersara pada 2023. Beliau telah memainkan peranan besar dalam memajukan komuniti OKU di Kelantan. Antara pencapaian utama beliau termasuk usaha menyatukan pelbagai NGO OKU di bawah satu kerjasama strategik melalui penubuhan Majlis Persefahaman Pertubuhan OKU Kelantan (MPPOK), yang kini menjadi model rujukan di peringkat nasional.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *