Template Web

Cuti persekolahan berlanjutan sehingga 2021. Masih terbayang lagi pengumuman yang telah dibuat oleh pemerintah sebelum ini. Kalau ikutkan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi berbaki. Apakah antara pengisian yang terbaik yang boleh dimanfaatkan bersama ahli keluarga tersayang?

Tersenyum apabila dapat lihat perkongsian “Ilmu Parenting” yang dibuat oleh Puan Mazidah Muhammad melalui akaun Facebooknya dengan mengajar anak- anak tentang ilmu kemahiran hidup iaitu Modul Kemahiran Memasak antaranya seperti:

  1. Cara menanak nasi.
  2. Cara menyiang Udang dan Sotong.
  3. Membancuh Teh untuk seisi keluarga.
Sumber: Fb Mazidah Muhammad

Di sini anak-anak akan dapat merasai sendiri pengalaman demi pengalaman yang mana proses untuk penambahbaikan akan sentiasa ada. Tidak rugi dan sangat menyeronokkan.

Nampak ringkas dan senang. Tetapi, sesuatu yang asas seperti ini ramai yang tidak tahu akan kepentingannya. Mungkin di musim cuti ini, ibubapa boleh cuba lakukannya sebagai salah satu aktiviti anak-anak.

Artikel telah disunting oleh penulis wk.com

Artikel asal: 
FB Mazidah Muhammad