Allah SWT berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:
‘Maka bertanyalah kepada orang-orang berilmu jika kamu tidak mengetahuinya.’
Sejak Covid-19 lahir di Wuhan, China dan ia mula membiak ke seluruh negara menjadi pandemic termasuk negara kita Malaysia. Sejak daripada itu, angka mula meningkat. Mobiliti iaitu kadar jangkitan dan juga mortaliti kadar kematian seperti roller coster naik dan turun.
Sejak daripada itu, isu vaksin ini mula diperkatakan termasuk dalam agama. Alhamdulillah, sejak 21 Februari yang lalu, vaksin covid-19 ini kini tiba di negara kita. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Berhormat Tan Sri Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia menjadi yang pertama disuntik vaksin ini di Putrajaya.
Seperti ada sinar di hujung lorong. Namun ada segelintir masyarakat yang sengaja menimbulkan resah, membangkitkan rasa takut dan ragu dalam kalangan masyarakat sehingga merisaukan baik mak long yang berada di Kedah, mahupun mok de yang ada di Terengganu, ataupun Pak Uteh di Melaka yang mula bertanya. Halal ke? Tak bahaya ke? Semuanya ini, telah dirungkaikan dalam perbincangan.
Dalam lembaran Islam, wabak ini bukan perkara baru dalam tamadun manusia. Antaranya tahun ke-8 hijri pernah berlaku Ta’un Abwas pada zaman Khalifah Ibnu Umar al-Khattab. Kemudian pada tahun 1300 pernah berlaku di Timur tengah dikenali sebagai almautul aswad. Apabila kita rujuk pada pandemik yang berlaku ini, apa pendirian Islam kepada wabak penyakit berjangkit? Apa kaedah pemimipin Islam sebelum ini apabila berdepan dengan penyakit berjangkit ini?
Semasa Khalifah Umar al-Khattab dalam perjalanan menuju ke Syam, dia telah diberitahu bahawa tempat tersebut sedang ada wabak penyakit Ta’un. Ada sahabat yang memberitahu hadis dari Rasulullah SAW,’ Bila kamu dengar sesuatu tempat itu ada Ta’un, maka jangan kamu masuk ke dalamnya. Dan sekiranya kamu berada di situ, jangan keluar daripada tempat itu.’
Ini satu pengajaran dan panduan kita dalam menghadapi pandemic covid-19 seperti larangan merentas daerah dan negeri. Ia merujuk kepada penjagaan kita daripada turut terkena penyakit berkenaan. Islam menuntut untuk menjaga kesihatan diri.
Penyakit berjangkit ini bukan seperti penyakit biasa yang kita alami. Penyakit berjangkit ini ada unsur lain kerana boleh menjangkiti orang lain dan orang tersebut berjangkit dan turut sama boleh menjangkiti orang lain-lain pula. Jadi situasi ini perlu ditangani.
Program Imunisasi kebangsaan telah dikembangkan semenjak tahun 50-an lagi. Ada orang yang ambil vaksin sebelum dapat penyakit. Ada yang ambil vaksin selepas dapat penyakit. Ramai yang hanya ikut jadual yang dibekalkan oleh KKM. Apa itu vaksin? Dan bagaimanakah vaksin ini bertindak balas untuk mengekang penyakit-penyakit?
Untuk mencegah penyakit berjangkit, memang vaksin ini adalah satu kaedah yang begitu berkesan. Dalam konsep perubatan, Pencegahan lebih baik daripada pengubatan. Perintah kawalan pergerakan yang telah dibuat bertepatan dengan kaedah pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit daripada merebak.
Isu vaksin ini, kalau kita melihat kepada vaksin covid-19 ini, alhamdulillah model 3D virus yang kita boleh nampak, tapi kita telah besarkan virus ini. Saiznya lebih kurang 100 nano meter sahaja bersamaan sehelai rambut dihirus seribu. Tetapi, disebabkan virus ini telah mengakibatkan kesengsaraan ke seluruh dunia 1 tahun yang lepas.
Jadi kita kena kenal apakah penyakit asas Covid-19 ini, kita kena tahu apakah pembawa dan penyebabnya. Replika 3D yang telah direka berdasarkan virus betul yang telah dibesarkan menggunakan nano mikroskop. Ia mempunyai ciri-ciri yang unik kerana ada spike protein di atasnya yang dikenali sebagai corona. Dan spike protein ini dihasilkan dengan jujukan genetik di dalam virus itu sendiri.
Jadi, teknologi vaksin sekarang telah begitu canggih di mana para penyelidik sepasang pasangan Turki dan dengan kerjasama penyelidik-penyelidik di seluruh dunia yang lain telah dapat membangunkan vaksin menggunakan platform MRNA. Model MRNA merupakan model jujukan genetik dalam virus ini yang kita selaputi dengan lipid nano particle dan kita telah perolehi vaksin ini.
Badan kita telah diajar untuk mengenal musuh kita ini. Jadi, bila disuntik dengan vaksin ini badan kita akan dapat mengenal spike protein virus ini menggunakan antibodi yang dihasilkan oleh badan kita. Kita tidak boleh memberi virus ini kepada orang, kena akan menyebabkan penyakit.
Apa yang kita buat, teknologi vaksin sekarang kita mengambil jujukan genetiknya sahaja yang telah diselaputi. Lalu, dimasukkan ke dalam badan menyebabkan badan kita dapat menghasilkan antibodi ini dan dapat mengenal virus ini sekiranya virus sebenar yang itu datang.
Hasil daripada antibodi, sistem pertahanan tubuh kita, itu menyebabkan badan yang telah disuntik dengan vaksin ini dapat mencegah daripada berlakunya penyakit. Insya Allah sekiranya virus itu datang kepada penerima vaksin. Jadi, itu konsep vaksin kepada covid-19 ini.
Netizen kita complaint bila dah ada vaksin nanti, apakah kehidupan kita kembali normal seperti boleh solat rapat-rapat? Kita boleh bersalaman berlaga pipi, berlaga dahi? Kita boleh happy happy seperti sebelum pandamic covid-19 ini. Tetapi, kalau dengan suntik vaksin ini, tetapi tetap SOP ada, tidak ada maknanyaa kata netizen. Apakah komen berdasarkan kata-kata netizen ini dalam media sosial?
Netizen ini menganggap KKM ini duduk saja dan hanya melayari Facebook. Tidak. Sebenarnya apabila dalam konsep kita merawat, kita ada dua cabang yang utama.
Pertama, mencegah. Kedua, adalah merawat. Kita memerlukan tanggungjawab daripada semua bagi setiap individu dan kerajaan. Di mana, individu adalah rakyatlah yang bertanggungjawab di atas diri masing-masing untuk mengikut apa yang diarahkan oleh kerajaan.
Kerajaan kata perlu mematuhi SOP. Kita dapati vaksin adalah satu kaedah yang ampuh sebagai ikhtiar kita selain daripada isolate atau rawat pesakit dan sebagainya. Jadi, kalaulah ditanya lepas daripada suntik vaksin ini boleh Kembali normal atau tidak, jawapannya ia boleh. Tapi dengan syarat kita mengambil tanggungjawab.
Kita ambil vaksin, kita minta liputan ke seluruh negara 80%. Kerana konsep pemberian vaksin ini supaya akan ada imuniti secara kelompok. Apabila semua telah terlindung, penyakit makin menurun, virus makin tidak ada. Bila? Wallahu a’lam. Sebab kita pun tidak tahu kerana covid-19 ini benda baru. Kita sendiri pun sentiasa belajar benda baru.
Maksudnya kita berdasarkan fakta facts and figures. Kalau kata lepas ini kajian mengatakan bahawa virus sudah hilang, imuniti kelompok sudah meningkat, tidak ada jangkitan, rantaian putus serta landai dan sebagainya, baru kerajaan boleh melepaskan dan kembalikan semuanya kepada biasa.
Pada 3 Disember 2020 baru-baru ini, muzakarah telah membuat ketetapan bahawa hukum mengambil vaksin ini harus dan wajib bagi orang yang ditetapkan oleh kerajaan. Sebagai pengerusi jawatankuasa Muzakarah MKI, apa pertimbangan para mufti dan juga saintis dalam muzakarah tersebut dalam mengeluarkan ijtihad hukum ini?
Dalam satu kaedah fiqh terdapat garis panduan yang jelas bagi tanggungjawab pemerintah. Tindakan pemerintah mestilah berasaskan kepada maslahah atau kepentingan umum. Maslahah dalam kontek ini ada dua segi.
Pertama, membawa perkara-perkara yang memberi manfaat kepada masyarakat. Kedua, menolak perkara-perkara yang merosakkan. Akhir sekali vaksinasi yang hangat diperkatakan mutakhir ini.
Mengapa kita mengatakan ia harus kerana asal sesuatu perkara itu harus sehinggalah wujud dalil yang menunjukkan haram. Kaedah ini dirumus oleh ulamak daripada dalil-dalil yang jelas al-Quran dan hadis.
Kalau kita hendak mengatakan sesuatu itu haram, ia harus disertakan dengan bukti. Sesiapa yang mengatakan sesuatu itu haram tanpa bukti bermakna dia telah mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah. Hukumnya sama dengan menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah SWT. Jadi, jangan kita mengambil mudah perkara yang kita tidak ada ilmu mengenainya.
Maka wajib diambil oleh mereka yang ditentukan oleh kerajaan. Firman Allah SWT dalam surah An-Nisa’
‘Taatilah Allah, Taatilah Rasul dan pemerintah’. Ayat ini diperjelaskan lagi dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari,’Bahawasanya taat itu harus dalam perkara yang baik.’
Jadi dalam konteks ini oleh al-Imam al Qurtubi, ‘yang kita kena taat yang ma’ruf itu bukan mungkar.’ ‘Kalau pemerintah suruh kita mengambil perkara yang harus, maka jadilah perkara itu wajib nescaya tidak halal menyalahinya, yakni jadi haram.
Harus mengambil vaksin. Wajib bagi mereka yang ditentukan oleh pemerintah.
Ada 3 faktor orang ragu-ragu dengan vaksin. Pertama, kerana status halalnya. Kedua, adakah selamat? Ketiga, kecelaruan teori konsspirasi. Soal halal, adakah vaksin covid-19 ini betul-betul halal?
Ini antara persoalan yang selalu orang ungkap. Vaksin ini halal ke? Benda ini perlukan kajian. Kami di UKM, kami dididik dengan kajian. Dalam aspek dalam menentukan status halal sesuatu itu, ada tiga perkara yang kita perlu faham.
Pertama, hendak halal dan haramkan sesuatu perkara, hak Allah Ta’ala. Allah beritahu kalau ada masalah yang tidak ada dalam al-Quran dan juga sunah nabi, maka apa yang perlu kita buat? Maka balik kepada pakar.Maknanya, konsep awal nak halalkan sesuatu perkara, mesti kena ada dalam al-Quran, mesti kena rujuk pakar, kerana pakar yang tahu.
Kedua, asal sesuatu perkara itu harus. Termasuklah vaksin dan kepenggunaan sebagai contoh mudah. Semua ini dipersetujui oleh kesemua mazhab, (Hanafi, Syafie, Maliki dan Hambali). Perkara ini semua orang bersetuju sehingga terdapat bukti bahawasanya ia terdapat najis.
Macam mana hendak tentukan sesuatu perkara itu harus kepada najis? Pertama, ada atau tidak sumber-sumber haiwan yang tidak disembelih. Kedua, ada atau tidak khinzir di dalamnya? Ustaz telah diberi rezeki mengkaji babi dekat 10 tahun. Teknologi sangat laju. Ketiga, kalau ada bahan-bahan yang boleh mendatangkan mudarat seperti bahan-bahan kimia terlarang.
Maka, hendak tentukan hukum vaksin itu haram yang asalnya harus pertama ada atau tidak sumber-sumber daripada haiwan-haiwan yang tidak disembelih. KKM dan maklum tidak ada. Terbatal satu perkara.
Yang kedua, orang duduk kata, dalam vaksin ada babi. Jika betul ada babi, sila buktikan. Kalau KKM kata tidak ada, Farmatikal kata tidak ada, kita kata ada, maka bermasalahlah. Netizen kaji dekat mana? Facebook? Maka terbatallah kerana KKM kata tidak ada unsur dari khinzir.
Yang ketiga, ada atau tidak unsur-unsur yang boleh membawa kepada mudarat? Bahan-bahan kimia yang berbahaya? Apa yang kelakarnya, ada netizen yang mengatakan, ambil vaksin, DNA akan berubah. Jadi, maknanya boleh rosakkan dalaman dan menggunakan nama KKM dalam membuktikan statenment itu.
Oleh yang demikian, jangan risau kerana vaksin ini tidak memudaratkan. Bila mufti sudah kata halal, maka halal. Bila KKM dah kata harus, maka harus. Wallahu a’lam.
Jual produk ganti vaksin antara aktiviti objektif kumpulan anti vaksin. Rupanya ada tujuan-tujuan tertentu.
Teori konspirasi kebanyakan dibawa oleh influencer. Sebab hari ini apabila lambakan media sosial membenarkan orang untuk memberikan komentar walaupun mereka bukan pakar. Berkenaan dengan isu influencer ini bukan perkara yang baru bagi kita sebagai muslim kerana ada satu hadis daripada Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah nombor 4026.
‘Akan datang tahun-tahun yang di mana manusia-manusia ini dengan tahun-tahun penuh dengan tipu daya. Di mana kata-kata pendusta dibenarkan dan didustakan pula orang yang berkata benar. Manakala diberikan amanah kepada orang yang khianat tetapi dikhianati pula orang yang diberikan amanah.’ Dan waktu itu Rasulullah SAW berkata,’ Waktu itu akan wujud golongan orang-orang bodoh dan fasik yang bercakap sesuatu yang besar’. Maksudnya kalau kita lihat pada hari ini, kita ada akaun media sosial. Bila influencer yang mempunyai ramai follower bercakap, dia akan didengari oleh masyarakat yang menganggapnya betul salah satunya disebabkan dia popular dan famous.
Apa yang sering mereka mainkan, mereka kata ini adalah satu perancangan untuk melemahkan umat Islam. Pandemic ini mereka tidak panggil pandamic. Mereka panggil plandemic. Ada plan di depan. Sesuatu yang unik tentang agama kita ini, kita banyak bersandarkan kepada dalil al-Quran. No dalil. No talk. Kalau setakat andaian, teruskan dengan andaian, tetapi mesti didahului dengan fakta.
Menarik dan sangat menyakinkan.
Jom sebarkan kepada insan tersayang.
Artikel ini telah disediakan oleh penulis wk.com
Untuk sedutan liputan Forum Perdana Hal Ehwal Islam mengenai isu vaksin: cegah sebelum kalah di link FB Bank Islam Malaysia Berhad