Zikir Wanita

“Sila ambil satu seorang.”

Saya hulurkan pada adik-beradik sambil pesan,

“Zikir kena banyak, sehari sampai seribu.”

Terlopong adik-adik saya bila saya bagi arahan begitu.

Ustaz Wadi Annuar

Saya masih ingat pesanan Ustaz Wadi Anuar dalam satu ceramah beliau berkata,

“Zikir seratus kali, tidak dikira sebagai banyak. Masih sedikit.

Tetapi zikir sampai 1000 kali, baru dikira ‘banyak’ di sisi orang awam seperti kita ini.”

Katanya lagi,

“Zikir kena praktis, beli jam zikir, tasbih, alat apapun untuk bantu kita hitung sudah berapa kali kita berzikir dalam sehari.

Kerana rahsia para Nabi dan Rasul untuk tenang dan berjaya adalah dengan banyaknya berzikir pada Allah.”

Mula-mula, saya rasa mustahil nak capai 1000x sehari zikir.

Mengaku, sebab tak biasa buat.

Tapi, praktis make perfect.

Rupanya, bukan susah pun nak capai seribu.

Saya dah cuba hitung kalau guna jam zikir ini,

Baca ‘SUBHANALLAH’ 1000x = bersamaan 6 minit.

Baca ‘ALHAMDULILLAH’ 1000x = bersamaan 6 minit.

Baca ‘ALLAHUAKBAR’ 1000x = bersamaan 6 minit.

Baca SELAWAT kepada Nabi SAW paling ringkas 1000x = bersamaan 25 minit.

Tak percaya? Boleh cuba sendiri.

Sebab itu, mudah adanya jam zikir sangat membantu kita ‘hisab’ diri sendiri.

Bagi saya, kalau kurang dari itu, bermaksud, “aku banyak lagha (lalai) hari ini.”

Photo by ready made from Pexels

“Facebook, Instagram, whatsApp aku boleh tengok berjam-jam, kenapa zikir tak sampai sejam tak boleh buat?”

Ada orang cakap, “Ikhlas tak hitung kuantiti.”

Habis tu, kenapa orang nak sangat kejar jadi jutawan kumpul duit berkepuk-kepuk?

Kalau jutawan beriman, pastilah dia nak kumpul lagi dan lagi sebab dia sedar dapat memberikan lebih banyak lagi sedekah.

Bahkan, Allah sendiri seru kita sebut nama-Nya sebanyaknya.

“Dan sebutlah (nama) Tuhanmu sebanyak-banyaknya serta bertasbihlah diwaktu petang dan pagi hari.”
(QS Al Imran 41)

Allah ya kareem.

Bukan susah sebenarnya nak capai 1000x zikrullah. Tapi, yang susahnya adalah sebab penyakit ‘malas’.

Penyakit malas ini tak dapat dirawat kecuali kena ada ‘paksaan’ atas diri sendiri.

Tida ada orang lain yang boleh paksa kita, kecuali diri kita sendiri.

Kalaulah Allah tak wajibkan kita solat 5 waktu, nescaya kita takkan solat dan akan sentiasa sibuk dengan urusan dunia yang tak pernah habis.

Khusyukkah semasa solat? Belum tentu.

Sumber FB Page Mumtaz Md Nawi Official

Sebab itu, ada tambahan amal sunat yang harus kita lakukan untuk tampung kekurangan ibadah utama contohnya tahajud, sedekah, dan zikrullah.

Boleh bahagikan 1000x zikir ini kepada banyak waktu, terpulang nak baca time mana.

Mula-mula buat, rasa berat dan macam-macam dugaan. Biasalah, syaitan tak suka tengok kita buat benda baik.

Tapi, percayalah selepas 40 hari praktis, ia akan jadi amalan yang sebati dengan diri dan boleh mencapai istiqamah, insha Allah.

Doa minta kekuatan dari-Nya untuk beramal soleh.

.

Kenapa kena banyak zikrullah?

Sebab kita manusia ini bersifat sangatlah lemah. Selalu duk risau fikir masalah, mudah gelisah, sedih, duka dan kecewa.

Sumber Gambar : Pinterest

Maka, Allah janji nak hembuskan ketenangan bagi siapa yang berzikir pada-Nya.

“(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.”
(Q S. Ar-Ra’d : 28)

Kedua, Allah akan jaga diri kita dari mengikut hawa nafsu dan bisikan syaitan.

“Barangsiapa yang berpaling dari zikir akan Allah, Kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya.”
(QS. Az-Zukhruf : 36)

Ketiga, diampunkan dosa.

“…laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.”
(QS. Al-Ahzab : 35)

Keempat, hati menjadi lembut dan hidup dengan petunjuk Allah.

Hadits yang diriwayatkan oleh Bukhari, Rasulullah SAW bersabda :

“Perumpamaan orang-orang yang zikir kepada Allah dengan yang tidak, adalah seperti orang yang hidup dengan yang mati!”

Banyak lagi kelebihannya, orang yang beramal akan merasai perbezaan dan buah kemanisan dari Allah.

Ramadhan dah dekat, marilah kita persiapkan dengan sebaiknya.

Rugi tak rebut peluang berzikir sebanyaknya kerana 1x zikir hari biasa pun Allah dah bagi 10 markah, apatah lagi Ramadhan yang Allah gandakan pahalanya untuk kita.

p/s: Boleh search di shopee ‘tasbih digital’ sebiji harga paling murah RM1.50. Berbaloi-baloi hadiahkan pada famili dan kawan-kawan kita dapat pahala free-free bila mereka berzikir. 😀

Sumber dari FB Page Penulis: Hikmatul Islam (Nurwanis)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *