✅ Bahan-Bahan:
(untuk 2 orang makan)
Isi ayam, udang (boleh masukkan daging atau seafood)
1 sudu besar Thai Tom Yum Paste (saya guna jenama Pum)
1 sudu besar Thai Chili Paste (saya guna jenama Mae Pranom)
4 sudu besar santan (saya guna santan kotak Ayam Brand)
2 cawan air
2 sudu besar sos ikan/nampla
2 sudu besar gula
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai *dipotong serong
5 biji cili padi *ketuk-ketuk
6 helai daun limau purut *siat-siat urat daun
2 biji limau nipis *perah airnya
Cauliflower
Tomato
Cendawan enoki (boleh tukar dgn cendawan tiram atau butang)
Capsicum
*boleh masukkan sayuran lain seperti lobak merah dan jagung
✅ Cara Memasak:
1. Tumis bawang besar, bawang putih, serai, halia dan cili padi
2. Masukkan tom yum paste dan chili paste
3. Masukkan ayam dan daun limau purut
4. Masukkan santan dan air
5. Masukkan air limau nipis, sos ikan dan gula (ikut citarasa masing2 utk imbangkan rasa masam, masin dan manis)
6. Masukkan sayur
7. Masukkan udang (didih sebentar dan boleh diangkat)
Kredit resepi ini kepada Shazlin Mazme
Sumber dari FB Kuali Mama