Puding Pelangi

Bahan A

10g agar-agar tali (rendam 1 jam)
3 1/2 cawan air
1/2 cawan gula
Sedikit gula batu

Cara-cara:

1) Seperti biasa masak agar-agar dengan air hingga larut agar-agar. Masukkan gula dan gula batu. Seterusnya kacau untuk larutkan gula. Kemudian tutup api

Bahan B

10g agar-agar tali
2 cawan air
1 1/2 cawan santan pekat (jika guna santan kotak 200ml, perlu 2 kotak. Kotak yang kedua, cuma guna separuh)
1/2 cawan gula
1 helai daun pandan (simpul)
Secubit garam
Pewarna ikut suka

Cara-cara:

1) Masak agar-agar dengan air hingga larut agar-agar. Kemudian masukkan gula dan kacau rata.

2) Tuang santan (api sederhana) daun pandan dan garam. Sentiasa kacau. Bila santan sudah panas, tutup api.

3) Basahkan loyang/bekas kuih. Jika inginkan hasil yang tebal, boleh tuang 1 cawan adunan Bahan B, jika ingin hasil yang nipis boleh guna hanya 1/2 cawan. Kemudian biarkan sederhana beku.

4) Untuk lapisan yang kedua, tuang adunan bahan A perlahan-lahan atas lapisan yang pertama. Untuk lapisan yang seterusnya buat cara yang sama sehingga selesai.

5) Masukkan dalam peti sejuk selama 2 jam. Selepas itu boleh potong ikut kesesuaian dan sudah sedia untuk dihidang.

Resipi Disediakan oleh Zura Zul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *