Vitamin Rohani Kuasa Sedekah – Made With PosterMyWall (1)

Surat Cinta Allah dalam Surah at-Taubah ayat 103.

خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِمْ بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْ ۖ إِنَّ صَلَاتَكَ سَكَنٌ لَهُمْ ۗ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

Maksudnya:

Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka dan mendoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

At taubah ayat 103

Maksud dalam surat ini pertamanya adalah berkenaan dengan sedekah yang biasa. Kedua, berkenaan dengan zakat. Sedekah ini adalah satu perbuatan pemberian yang mana niat kita beribadah kepada Allah S.W.T. Ia mungkin dalam keadaan tidak wajib. Manakala, keadaan wajib adalah zakat. Bila zakat, akan ada perkiraan, masa, orang yang tertentu, penerima yang tertentu, barulah dapat pahala berzakat.

Sumber Gambar : Google

Tetapi bila kita bersedekah, ianya lebih luas dan lebih umum menyebabkan kita boleh memberi lebih daripada yang ditentukan. Saham lebih banyak kita peroleh daripada sedekah. Jadi, alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T bila kita dapat bersedekah ini adalah satu manifesto memperkenalkan dan memberikan suatu portion atau nisbah rezeki yang kita terimauntuk diagihkan serta mempunyai kuasa penuh untuk control kita punya kewangan dan ekonomi untuk membantu orang sekeliling.

Sedekah ini mempunyai hikmah. Ia menjadi suatu terapi kepada proses penyucian harta secara sukarela yang telah diberikan kepada Allah S.W.T kepada umat Islam. Tetapi, dalam sedekah ini juga ia memberikan ketenangan kepada pemberi dan kebahagiaan kepada penerima. Sebab Dalam kita bersedekah, berlaku hubungan dua hala iaitu hubungan habluminannas dan juga hubungan habluminallah.  Kemudian dapat menyucikankan harta serta menghilangkan rasa dengki dan iri hati dalam kalangan orang-orang sekeliling kita. Jadi, kalau kita bersedekah sebenarnya, kita dapat settle banyak masalah. Satu, masalah kita hendak menyucikan harta kita dan kita boleh share nikmat yang kita makan dan terima. Sebab rezeki yang kita terima kadangkala melebihi apa yang kita perlukan.

Dalam keadaan kita berpuasa, bersedekah ini jadi lebih afdal kerana kita mempunyai ramai golongan penerima. Bersedekah ini bukan hanya terhad dalam bentuk kewangan, dia boleh makan serta bentuk pakaian juga. Mendidik kita bahawa harta ini bukan milik kita secara mutlak. Harta ini diberikan oleh Allah S.W.T untuk kita gunakan sekadar yang kita perlu dan kita boleh agihkan serta uruskan untuk membantu komuniti kita. Bahkan, kurniaan Allah S.W.T untuk kita gunakan Dalam masa yang sama mendidik diri kita dan orang lain untuk berkongsi.

Sedekah yang paling baik adalah sedekah yang berterusan.

Sesungguhnya sedekah ini memadamkan amarah Allah dan menghindarkan diri daripada kematian yang buruk.

Dalam bersedekah ini, kita perlukan suatu kekuatan. Harta dan rezeki itu selalu dikaitkan dengan harta dan kewangan. Harta dan kewangan adalah suatu yang kita nampak. Ia adalah suatu yang kita sayang. Kalau bentuk kesihatan, kita tak nampak. Bila ia hilang, baru kita nampak. Manakala, kewangan atau material ini adalah benda-benda yang kita nampak dan kita kena berpisah daripadanya.

Katalah, ada orang kaya dia boleh bersedekah dengan sebuah motosikal. Ada orang kaya yang lain pula mampu bersedekah sebuah bas. Ada juga yang memberikan sebuah rumah. Bila menyedekahkan sebuah rumah itu ertinya ia memindahkan kuasa yang dia kuasai kepada orang yang dia baru sedekah tadi. Bila ia berikan itu sebenarnya ia telah berpisah daripada hartanya. Kita boleh mengganggap, kita pulangkan balik kepada Allah S.W.T.

Sumber Gambar : FB Page Gentera Kelantan

Dalam bulan puasa ini kita mendapat nikmat dan pahala yang berganda berbanding di bulan yang lain. Bila kita bersedekah, gerenti kita tidak akan kelaparan, penghapus dosa dan menjadi ubat kepada orang-orang yang sakit itu. Dengan bersedekah juga kita menyelamatkan orang sekeliling kita daripada dosa seperti dosa mencuri, merompak dan sebagainya.

Target 10 akhir supaya kita dapat sedekah malam lailatul Qadar. Tidak kiralah jumlahnya berapa. Janji kita nak bersedekah pada waktu 10 malam terakhir Ramadan. Harta akan menjadi milik kita di akhirat kelak.

Antara inovasi dan kreativiti dalam bersedekah, kita beli gula 1 kg yang berharga Rm3. Kita boleh pelbagaikan sedekah kita dengan memberi satu jag air kepada jiran misalnya. Kalau lebih advanced, lists kan senarai nama NGO dan nombor akaun mereka. Hasilnya, sedekah kita boleh dilakukan secara berjadual, konsisten dan istiqamah.

Sumber Gambar : FB Page MESRA

Paling penting juga sentiasa berdoa kepada Allah agar dikurniakan sumber rezeki yang halal agar kita boleh memberi keberkatan kepada kita semua. Insya-Allah.

Sangat berguna dan bermanfaat perkongisan yang disampaikan oleh YB Dato’ Hjh Mumtaz Md Nawi berkenaan hikmah bersedekah terutama bulan Ramadhan ini.

Artikel disediakan oleh penulis wk.com

Boleh ke FB Page TV Wanita Sejahtera untuk ikuti video penuh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *