Perkhidmatan kereta sewa dan e-hailing tidak dinafikan mendapat sambutan yang luar biasa dek perkembangan ekonomi yang pesat. Perkembangan ekonomi yang banyak memberi kemudahan kepada pengguna termasuklah dengan kemudahan dalam menempah pengangkutan. Perkhidmatan kereta sewa dan e-hailing seperti uber dan grabcar tidak asinglah bagi mahasiswa yang sering menggunakan perkhidmatan tersebut untuk menuju ke destinasi mereka.
Namun, sejak kebelakangan ini, banyak kes jenayah yang dikesan di Malaysia yang melibatkan perkhidmatan kereta sewa dan e-hailing samada kepada pemandu mahupun penumpang. Sebagai langkah berjaga-jaga, pelbagai langkah perlu diambil kira bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku.
Tips keselamatan sebagai pemandu wanita;
- Pasang dashcam
Pemasangan dashcam pada kenderaan bukan sahaja memberi manfaat kepada pemandu malah sebagai bukti sekiranya berlaku sesuatu kemalangan mahupun kes jenayah yang boleh digunakan sebagai bukti untuk membela nasib diri jika ditimpa kemalangan. Malah sekiranya berlaku kes rompakan dalam kenderaan, polis dapat mengesan penjenayah melalui rakaman suara.
2. Elak memakai barang kemas
Bukan hanya barang kemas, sebarang barang berharga perlu dielakkan untuk dibawa bersama ketika bekerja. Malah is dianggap kurang professional dan tidak sesuai untuk dipakai ketika memberi perkhidmatan kepada penumpang.
3. Elakkan menawarkan perkhidmatan ketika waktu malam
Malam hari tidak sesuai bagi wanita untuk keluar kerana dianggap lebih berisiko terdedah kepada kes jenayah rompak. Kebanyakkan kes yang berlaku sering terjadi pada waktu malam. Para pemandu wanita perlu mempertimbangkan waktu yang sesuai untuk mereka bekerja.
Tips keselamatan sebagai penumpang wanita;
- Hantar lokasi terkini kepada ahli keluarga
Bagi penumpang, seeloknya hantar lokasi terkini setiap kali menaiki kereta sewa atau e-hailing supaya ahli keluarga dapat mengesan lokasi anda. Disarankan untuk mengambil gambar number pendaftaran kenderaan yang bakal anda naik kepada ahli keluarga. Digalakkan setiap ahli keluarga download aplikasi life360 bagi memudahkan ahli keluarga mengesan keberadaan setiap ahli.
2. Perhatikan setiap route yang dilalui
Setiap aplikasi e-hailing memaparkan jalan yang akan dilalui. Oleh yang demikian, setiap penumpang ataupun pelanggan sentiasa memerhati setiap jalan yang dilalui samada mengikut aplikasi ataupun sebaliknya. Sekiranya, berlaku kecurigaan seperti pemandu secara tiba-tiba menukar laluan, telefon ahli keluarga secepat mungkin sebagai langkah berjaga-jaga.
3. Sediakan penyembur lada (pepper spray)
Disarankan setiap wanita tidak kira samada sebagai penumpang ataupun tidak membawa bersama penyembur lada di dalam beg masing-masing sebagai persediaan dalam menghadapi ancaman keselamatan.
Dengan memperhatikan dan mengamalkan tips keselamatan ini, baik sebagai pemandu mahupun penumpang kereta sewa atau e-hailing, kita dapat bersama-sama menciptakan lingkungan perjalanan yang aman dan nyaman bagi semua pihak yang terlibat. Secara tidak langsung dapat mengurangkan kes jenayah di Malaysia.