Kerjaya : Kursus Untuk Wanita Di Kelantan
Copy Of Wanitakelantan.com

Muslimah

Beberapa hari yang lalu kita telah dikejutkan dengan berita kematian seorang mahasiswi Unisza, Syakirah Hanan Mazli yang telah ditulis dan diceritakan oleh sahabat serta ahli keluarga arwah bagaimana beliau istiqamah menutup aurat dengan sempurna sehingga saat beliau meninggal dunia. Sehinggakan saat jenazah dikeluarkan oleh pihak bomba arwah lengkap berjubah,berstokin tangan dan kaki. Sudah pasti kematian beliau dicemburui oleh kita semua,bagaimana Allah telah mengangkat darjat seorang wanita.

Allah SWT berfirman dalam Surah An-Nur, ayat 31:

وَقُلْ لِّلْمُؤْمِنٰتِ يَغْضُضْنَ مِنْ اَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوْجَهُنَّ وَلَا يُبْدِيْنَ زِيْنَتَهُنَّ اِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلٰى جُيُوْبِهِنَّۖ وَلَا يُبْدِيْنَ زِيْنَتَهُنَّ اِلَّا لِبُعُوْلَتِهِنَّ اَوْ اٰبَاۤىِٕهِنَّ اَوْ اٰبَاۤءِ بُعُوْلَتِهِنَّ اَوْ اَبْنَاۤىِٕهِنَّ اَوْ اَبْنَاۤءِ بُعُوْلَتِهِنَّ اَوْ اِخْوَانِهِنَّ اَوْ بَنِيْٓ اِخْوَانِهِنَّ اَوْ بَنِيْٓ اَخَوٰتِهِنَّ اَوْ نِسَاۤىِٕهِنَّ اَوْ مَا مَلَكَتْ اَيْمَانُهُنَّ اَوِ التَّابِعِيْنَ غَيْرِ اُولِى الْاِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ اَوِ الطِّفْلِ الَّذِيْنَ لَمْ يَظْهَرُوْا عَلٰى عَوْرٰتِ النِّسَاۤءِ ۖوَلَا يَضْرِبْنَ بِاَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِيْنَ مِنْ زِيْنَتِهِنَّۗ وَتُوْبُوْٓا اِلَى اللّٰهِ جَمِيْعًا اَيُّهَ الْمُؤْمِنُوْنَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُوْنَ

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

Dalam meniti arus kemodenan dan globalisasi yang menghimpit kehidupan seharian manusia sudah pasti soal penjagaan aurat wanita menjadi suatu cabaran yang agak sukar dengan lambakan fesyen terkini yang pelbagai dan tidak mematuhi syariah. Aurat bukan sekadar menutup dengan sempurna tetapi ia juga melambangkan identiti,maruah serta ketaatan dan kepatuhan kita sebagai seorang muslimah dalam mematuhi ajaran Islam.

Mengapa Aurat Perlu Di Jaga ?

  1. Menjaga maruah dan kehormatan wanita
  2. Terjaga daripada fitnah
  3. Ketaatan terhadap perintah Allah SWT
  4. Keindahan akhlak seorang wanita

Islam telah meletakkan garis panduan aurat wanita mengikut situasi dan keadaan :

  1. Dengan bukan mahram : Seluruh anggota badan kecuali muka dan telapak tangan
  2. Dihadapan mahram dan sesama wanita : Pusat hingga lutut
  3. Ketika Solat : Kecuali muka dan telapak tangan

Tuntasnya,Islam tidak melarang wanita untuk tampil cantik dan bergaya dengan berfesyen tetapi  mesti dibatasi syariat yang telah ditetapkan di dalam Islam. Ianya adalah lambang kemuliaan kepada seorang wanita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *