Anugerah Tokoh Aktivis Cakna Kebajikan (Kategori Cakna Anak Yatim) dianugerahkan kepada Yang Berbahagia Puan Sufiyah binti Mubarak. Ia dipilih daripada individu yang bergiat aktif di dalam aktiviti kebajikan dan membantu anak-anak yatim di Negeri Kelantan.
Lebih sedekad beliau menjadi tulang belakang Rumah Anak Yatim dan Dhuafa’ (Lilbanat) Siti Aminah, memastikan lebih 100 anak yatim setiap tahun cukup makan, mendapat pendidikan, pakaian dan rawatan yang sempurna. Beliau juga menyandang amanah besar sebagai penyelia kepada 9 buah rumah kebajikan, termasuk rumah anak yatim, Pusat Pengajian Pondok Darul Saadah dan Pusat Perlindungan Wanita. Kasih sayang beliau terserlah apabila turut menggerakkan tuisyen percuma dan program kerohanian demi membina jati diri anak-anak ini agar cemerlang dunia akhirat.