Kerjaya : Kursus Untuk Wanita Di Kelantan
72

Anugerah Tokoh Aktivis Cakna Asnaf Miskin dianugerahkan kepada Yang Berbahagia Encik Mohamad Azhan bin Mohamed Adnan. Ia dipilih daripada insan yang bergiat aktif di dalam aktiviti kebajikan khusus bagi membantu golongan asnaf. Beliau cekal dalam menjejaki golongan ini sehingga ke ceruk pedalaman walaupun berhadapan risiko yang boleh mengancam nyawa melalui NGO beliau iaitu Pertubuhan Jejak Jalanan.Beliau juga menjadi mentor yang mencetuskan kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk cakna serta membantu mereka yang serba kekurangan. Keutamaannya dalam menyalurkan bantuan di negeri Kelantan amat terserlah, memandangkan negeri ini merupakan tanah tumpah darah beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *