Hari Raya Aidilfitri yang merupakan perayaan yang disambut oleh umat Islam di Malaysia dan di seluruh dunia pada setiap 1 syawal tahun hijrah selepas genap sebulan menjalani ibadah berpuasa di bulan Ramadhan. Perayaan ini memiliki banyak nama lainnya antaranya hari raya puasa, hari lebaran, dan hari raya fitrah. Hari raya aidilfitri merupakan hari yang penuh dengan kegembiraan daripada Ilahi sesuai dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,
“Sesungguhnya Allah telah menggantikan bagi kamu dengan dua hari yang lebih baik daripada kedua-duanya iaitu aidiladha dan aidilfitri” (Hadis Riwayat Abu Dawud)
Bagi seorang wanita berkeluarga, persiapan dan perayaan Hari Raya memiliki makna yang sangat mendalam. Sebelum tibanya 1 syawal, para wanita terutamanya para ibu akan bertungkus-lumus menyiapkan pelbagai persiapan untuk menyambut kedatangan Hari Raya. Mulai dari membersihkan rumah hingga memasak hidangan lazat untuk keluarga dan para tetamu yang berkunjung, setiap momen diisi dengan suasana yang sangat gembira.
Namun, di sebalik gemerlapnya perayaan, seorang wanita berkeluarga juga menghadapi tantangan tersendiri. Dia harus memastikan bahwa semua anggota keluarga merasakan kebahagiaan dan kesenangan selama perayaan. Itulah mengapai persiapan yang matang dan perencanaan yang baik sangat penting bagi mereka. Tidak dilupakan persiapan pakaian baru buat keluarga tersayang. Memakai pakaian yang terbaik pada hari raya menjadi tradisi masyarakat kita. Sayidina Hasan R.A berkata:
أَمَرَنَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ نَلْبَسَ أَجْوَدَ مَا نَجِدُ، وَأَنْ نَتَطَيَّبَ بِأَجْوَدَ مَا نَجِدُ
“Rasulullah S.A.W menyuruh (hukum sunat) kami pada kedua Hari Raya (Eid Fitri dan Eid Adha) untuk memakai pakaian yang terlebih baik apa yang kami ada dan berwangi-wangian dengan sebaik-baik wangian apa yang kami ada.” (Riwayat al-Hakim)
Selain itu, bagi seorang wanita yang juga seorang ibu, Hari Raya Aidilfitri merupakan kesempatan untuk mengajarkan nilai-nilai keagamaan dan tradisi kepada anak-anak. Mereka mengajarkan betapa pentingnya berkongsi sesama manusia mahupun haiwan, memaafkan kesalahan, dan memperkuat ikatan keluarga. Merapatkan Ukhuwwah sesama muslim merupakan suruhan Allah SWT. Malah, Rasulullah SAW bersabda:
مَن سَرّه أن يُبسط له في رزقه ، وأن يُنسأ له في أثره ؛ فَلْيَصِل رَحِمَه
“Barangsiapa yang suka untuk diperluaskan baginya rezekinya, dan ditangguhkan (dipanjang) umurnya, maka hendaklah dia menyambung (mengukuh) hubungan persaudaraannya”. (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
Sementalahan itu, dari sudut sebagai seorang isteri, Hari Raya juga menjadi momen untuk merayakan kebersamaan dengan suami dan mempererat hubungan mereka. Mereka saling mendukung satu sama lain dalam menjalani ibadah dan menikmati kebersamaan di tengah keluarga yang bahagia. Menuju ke masjid bersama keluarga untuk menunaikan solat sunat raya menjadi satu amalan mulia kerana ia merupakan sunnah malah ia dapat memperbanyakkan pahala kita sebagai umat islam. Kata Saidina Abdullah bin Umar yang artinya
“Rasulullah s.a.w. keluar untuk bersolat hari raya dengan berjalan kaki dan pulang dengan berjalan kaki”. (Riwayat Imam Ibnu Majah).
Akhir kata, meskipun penuh dengan tanggungjawab dan kerja keras, sambutan Hari Raya Aidilfitri sebagai umat islam banyak memberi kebahagiaan dan kenangan yang tak terlupakan. Setiap momen dihabiskan dengan cinta, kasih sayang, dan momen bersama, menjadikan Hari Raya sebagai saat yang paling dinanti-nantikan setiap tahunnya. Semoga perayaan menyambut aidilfitri kali ini disambut dengan penuh kesyukuran dan marillah kita menghidupkan sunnah-sunnah Rasullah SAW sepanjang meraikan hari lebaran ini.