
Bagi Anugerah Tokoh Aktivis Cakna Warga Emas dianugerahkan kepada Yang Berbahagia Puan Meriam binti Musa.merupakan penghormatan tertinggi kepada insan yang telah menunjukkan komitmen luar biasa dalam kebajikan serta membela nasib dan kesejahteraan golongan warga emas.
Beliau adalah Pengasas dan Pengurus Mesra Homecare Centre, merupakan insan di sebalik penubuhan 4 buah pusat jagaan warga emas yang kini telah beroperasi melebihi 10 tahun. Beliau juga menguruskan Pusat Jagaan Warga Emas Ummi Zainab, selain memegang jawatan sebagai Pengerusi Pertubuhan Prihatin Warga Emas Kelantan (PRIMAS). Beliau menerima warga emas dari pelbagai latar belakang termasuk rujukan daripada hospital, NGO, agensi kerajaan dan Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) serta menyediakan penempatan dengan yuran mampu bayar, bahkan tanpa bayaran bagi yang memerlukan. Lebih membanggakan, pusat jagaan yang diasaskannya turut menjadi platform latihan dan kerja sosial kepada pelajar-pelajar IPT dan IPTS dari seluruh negara.