WhatsApp Image 2020 09 29 At 11.25.18

Wajah adalah mencerminkan diri anda. Ianya adalah anugerah Allah yang tidak ternilai, jadi kita perlulah menjaganya dengan baik. Jika wajah anda kelihatan bersih dan berseri, ianya dapat menunjukkan daya keterampilan diri anda. Tetapi bagaimanakah kita dapat menjaga muka kita? Berikut adalah tips asas yang ringkas, mudah dan berkesan, Insya-Allah.

1. Kenali dan fahami jenis kulit muka sendiri

Setiap orang mempunyai jenis kulit yang berlainan. Mengenalpasti jenis kulit memudahkan anda untuk merawat kulit muka dengan produk atau bahan yang sesuai. Jenis-jenis kulit muka yang anda perlu tahu ialah:

Jenis kulit normal

  • Kulit muka dengan kelembapan yang seimbang, tidak terlalu kering atau tidak terlalu berminyak
  • Liang pori yang tidak ketara (kecil dan halus)
  • Warna kulit yang seragam, segar, dan tanpa cela
  • Kulit tidak terdedah kepada sensitiviti

Jenis kulit berminyak

  • Jenis kulit ini dengan pengeluaran sebum (minyak) yang berlebihan
  • Liang pori yang diperbesar dan jelas kelihatan
  • Kulit kelihatan berkilat
  • Kulit berminyak terdedah kepada pelbagai bentuk jerawat, cela, bintik hitam dan putih.
Sumber : nurturemybody.com

Jenis kulit kering

  • Jenis kulit ini tidak menghasilkan sebum (minyak), dan kurang kelembapan
  • Kulit kelihatan kering serta terasa ketat, rapuh, kasar dan kelihatan kusam.
  • Mudah menggelupas dan terasa tegang selepas dicuci
  • Sensitif terhadap kerengsaan dan kelihatan kemerahan

Jenis kulit sensitive

  • Tekstur kulit lembut tetapi mudah kering, merengsa, kemerah-kemerahan, gatal dan pedih
  • Kulit mudah bertindak balas dengan kandungan produk, persekitaran dan makanan
  • Mudah naik ruam dan gatal-gatal

Jenis kulit kombinasi

  • Kulit kombinasi ialah mempunyai jenis kulit yang berbeza di bahagian zon-T dan pipi
  • Berminyak di bahagian zon-T (dahi, dagu dan hidung)
  • normal/kering di bahagian pipi

2. Mencuci muka dua kali sehari

Amalan mencuci muka adalah rutin utama dalam penjagaan kulit muka. Mencuci muka dua kali sehari sudah cukup dan tidak perlu terlalu kerap. Anda perlu cuci muka selepas bangun tidur pada waktu pagi dan cuci muka sebelum tidur pada waktu malam. Jangan terlalu kerap mencuci muka kerana ia boleh menyebabkan kulit muka menjadi kering dan iritasi kerana pencuci muka mempunyai bahan kimia. Selain itu, minyak semula jadi yang ada pada muka yang membantu melembapkan kulit akan terhakis. Pemilihan pencuci muka hendaklah daripada bahan yang lembut dan halus supaya tidak menghakis atau menegangkan kulit. Pilihlah pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit anda.

3. Wajib memakai pelembap (moisturizer)

Lengkapkan rutin cucian muka dengan sapukan krim pelembap untuk mengembalikan kelembapan pada kulit muka anda. Pemakaian pelembab adalah sangat penting untuk wajah yang cantik, berseri, dan awet muda. Tahukah anda? Kulit yang kering akan berkedut lebih awal berbanding kulit yang lembab yang disapukan dengan pelembab secara konsisten setiap hari. Anda wajib memakai pelembab sekali pun anda duduk di dalam bangunan, terutamanya jika anda duduk didalam penyaman udara. Penyaman udara menyedut lembapan dari kulit dan menyebabkan kulit menjadi sangat kering tanpa kita sedari.

4. Wajib memakai pelindung UV (Sunscreen)

Adalah penting untuk menggunakan sunscreen sebelum berada di luar, dan mengunakannya semula sekurang-kurangnya setiap 2-3 jam, terutamanya apabila anda berenang atau berpeluh berlebihan. Pelindung matahari ini adalah sangat penting tidak kira sama ada anda sentiasa berada di dalam bangunan atau banyak menghabiskan masa di luar. Kita semua sedia maklum bahawa lapisan ozon kita semakin menipis dan tidak lagi mampu untuk menapis sinaran UV yang boleh merosakkan kulit. Oleh itu, pelindung UV adalah wajib untuk.pastikan kulit wajah anda sentiasa dilindungi dengan pelindung UV setiap hari.

Sumber Freepik.com

5. Memilih produk penjagaan kulit muka yang bersesuaian

Pemilihan produk yang sesuai dengan kulit adalah dengan mengenalipasti bahan-bahan aktif yang terkandung di dalam produk tersebut. Selain itu, pilihlah produk yang telah diuji secara klinikal supaya kandungan bahan aktif di dalam produk tersebut adalah efektif dan selamat untuk digunakan. Elakkan memakai produk yang mengandungi bahan kimia yang merbahaya. Bahan kimia terlarang seperti, merkuri, paraben, SLS dan alcohol adalah antara bahan yang merbahaya kepada kesihatan anda. Terdapat  pelbagai jenama produk penjagaan kulit yang berada di pasaran. Apa pun jenama pilihan anda, pastikan ianya selamat dari bahan kimia dan bahan pengawet merbahaya.

Sekarang anda sudah tahu bagaimana untuk menjaga kulit muka bagi pemula. Semoga perkongsian tentang panduan asas penjagaan kulit muka ini dapat memberi anda sedikit ilmu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *