PPE

Luluh hati melihat kakitangan barisan hadapan memakai Personal Protective Equipment (PPE) yang diperbuat daripada plastik dan span akibat kekurangan perbekalan PPE.

Kerajaan Negeri melalui Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan tampil memberi bantuan dengan kerjasama Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia(PAPISMA) dalam menyediakan PPE.

Pihak PAPISMA membekalkan bahan mentah untuk dijahit oleh guru atau dipanggil mudarribah Pusat Pembangunan Wanita Kelantan(PPWK) Tanjung Mas, Puan Suhaili Bt Ismail terdiri daripada gaun, penutup kepala, pelindung muka serta sarung kaki.

Puan Suhaili memaklumkan beliau boleh menyiapkan 20 set PPE dalam sehari.

Puan Suhaili merupakan alumni PPWK dan seterusnya memulakan kerjaya sebagai pengajar di PPWK pada tahun 2016. Beliau pernah menerima anugerah Datin Tuan Sabariah iaitu usahawan berdikari sempena Majlis Graduasi pada tahun 2017. Beliau juga merupakan salah seorang pelajar perkongsian pintar antara PPWK dengan Lim Kok Wing pada tahun 2015-2016 bagi pengajian Diploma Profesional Fesyen dan Design.

PPE ini turut akan djahit oleh beberapa orang mudarribah lagi selepas menerima perbekalan bahan mentah yang mensasarkan 1000 set PPE.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *