Nekbat

Kuih nekbat merupakan kuih tradisional pencuci mulut yang bahan asasnya menggunakan tepung beras dan telur. Ia popular di Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu. Ada individu yang gemar memakan kuih nekbat ini dalam keadaan kering dan bersama sira.

Kalau bulan puasa, ramai yang akan ke bazar mencari kuih nekbat. Ini kerana ramai beranggapan, proses pembuatan kuih nekbat ini rumit. Eh, taklah. Mudah sahaja.

Sumber : https://www.flickr.com

Bahan-bahan:
500 gram tepung beras
12 biji telur ayam
1 sudu teh pewarna oren (pilihan)

Cara penyediaan:

1. Sangai tepung beras dengan api sederhana sehingga kering dan biarkan sejuk.

2. Pukul telur sehingga kembang dan berbuih, masukkan pewarna dan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur. Gaul sehingga rata dengan hand whisk.

3. Tuang adunan dalam acuan (kalau nak cantik, guna acuan bahulu) yang sebelumnya telah disapu minyak dan dipanaskan dalam lima minit, bakar di atas api dengan suhu 180 darjah celcius.

4. Setelah agak kekuningan, keluarkan kuih dari acuan dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dimakan kering atau dihidang bersama sira.

Sumber : https://gramho.com

Untuk langkat seterusnya pula:

Sira nekbat:
10 biji nekbat
500ml air
150 gram gula pasir
2 helai daun pandan
6 kuntum bunga cengkih

1. Masak air dan gula hingga mendidih sebelum masukkan daun pandan, cengkih dan nekbat.

2. Masak sekitar 6 ke 8 minit dengan menggunakan api kecil. Biarkan air gula meresap ke dalam nekbat sebelum dihidangkan.

Tip: 1 sudu gula untuk sebiji nekbat.

Kalau mengidam bolehlah cuba buat, daripada asyik ke bazar tapi tak jumpa-jumpa.

Sumber : https://gramho.com

Sumber : https://resipicitarasawan.blogspot.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *